background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 October 2009

♥~PapaDom - A Must-watched Movie~♥


Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22.. Filem terbaru dari Tayangan Unggul arahan Afdlin Shauki ini menarik dan perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. nape menarik? Sebab aku dah tengoklah.. hehehe~! Panggung pun penuh beb.. cayalah~!

Filem ini sangat berkesan.. kelakar sesangat.. kitorang gelak macam nak roboh panggung.. pecah perot.. patut la menang award.. semua karakter hidup.. sedih disaat-saat akhir cite (hampir ternangis aku) dan yang paling penting tak membosankan.. dalam lawak ada sedih..pastu lawak balik..hahahaha~! a must-watched movie~! Afdlin deserves the award~! best malaysian movie ever~!

♥~ Sinopsis Filem PapaDom ~♥
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.



**Latest news: Papadom's box-office collection is RM2.4 million dalam masa 13 hari tayangan and still going strong... too bad our wajib tayang period ends already. so the shows kat panggung sudah berkurangan. jangan biarkan ini berlaku.. Suruh pawagam yg berdekatan dgn anda terus menayangkannya dengan mengajak kengkawan pergi tengok..

No comments:

Post a Comment