background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2009

♥~Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!~♥


Kemerdekaan tahun ni di sambut dalam bulan Ramadhan.. Cuma 40 minit je.. ok la tu kan.. Pape pun tetap kena ada sedikit sambutan.. Ni kan Merdeka punya cite.. Laen la kalu sambutan tahun baru.. Jangankan 40 minit.. seminit pun tak perlu aku rasa.. huhuhu~!

Merujuk berita BERNAMA yang aku baca tadi, Dikatakan kira-kira 1,600 orang termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, anggota jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ketua pembangkang dan anggota Parlimen serta duta dan perwakilan asing akan berada di perkarangan Parlimen. Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen. Sekitar 1,000 orang lagi terlibat selepas (pintu) gerbang sehingga perkarangan Parlimen. Orang ramai juga boleh turut serta dalam gerak lambai itu tetapi terhad sehingga di pintu gerbang Parlimen sahaja..

Majlis Kesyukuran Merdeka bagi empat agama utama iaitu Islam, Kristian, Buddha dan Hindu akan diadakan pada 30 Ogos 2009. Bagi agama Islam ia akan diadakan di Masjid Negara, agama Kristian di gereja St John Cathedral, agama Buddha di Wisma Buddhist dan Kuil Sri Ramalingeswaran untuk agama Hindu.

25 August 2009

♥~Antara Kesilapan Muslim Di Bulan Ramadhan~♥

Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

Keadaan seperti ini ada disebutkan dalam hadith ertinya: "Sesungguhnya sesiapa yg telah makan(batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki harinya itu"
(riwayat Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam.

Imam Ibnu Hajar menegaskan "melewatkn sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yg diletakkan oleh NABI SAW."
(Fathul-Bari,4/138)

(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukn ibadah yang lain. Ini satu kesilapan besar bagi umat Islam kini. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik unntuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ini adalah satu kesilapan yg amat besar. Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kpd kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dgn alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kiter lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah. Sedangkan Imam As-Suyuti menegaskan bahawa hadith yg menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadah adalah amat lemah.
(Al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,6/291)

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih. Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkn meriah. Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith:

ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".
(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan kereta secara riba'.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA.. wal'iyazubillahi min zaalik..

Wallahu'alam...

22 August 2009

♥~Harapan Ramadhan~♥

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..

21 August 2009

♥~Selamat Menyambut Bulan Ramadhan~♥



Sekejap je masa berlalu.. rasa cam baru ja lepas sambut Aidilfitri..tetiba nak posa balik dah.. ramadhan kali ni dah takde dah owg nak bangun sahur sama-sama dengan aku :( Everything aku yang kena handle sendiri.. without my sis.. so lonely :(

So esok dah start ramadhan dah..
Selamat bersahur, Selamat berpuasa, Selamat berbuka puasa, Selamat bertadarus, Selamat bersedekah & Selamat berterawih

Pesanan aku:

JANGAN CURI2

JANGAN BUAT
JANGAN ASIK
JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR
MESTILAH SENTIASA

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

.::SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA::.

17 August 2009

♥~District 9's Movie~♥

Semalam, aku pegi Mines with 'my friend'. Pegi tengok movie District 9. Masa hati aku berniat nak tengok cerita ni actually aku tak tau sangat cerita dia about what. Yang aku tau just cerita ni bout Alien from the other planet yang datang kat bumi.. Tu je yang aku tau.. selebihnya aku tak tau.. tapi blasah tengok jer.. huhuhu~!



(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)


The Synopsis bout the story:

Thirty years ago, aliens made first contact with Earth. Humans waited for the hostile attack, or the giant advances in technology. Neither came. Instead, the aliens were refugees, the last survivors of their home world. The creatures were set up in a makeshift home in South Africa's District 9 as the world's nations argued over what to do with them.
Now, patience over the alien situation has run out. Control over the aliens has been contracted out to Multi-National United (MNU), a private company uninterested in the aliens' welfare - they will receive tremendous profits if they can make the aliens' awesome weaponry work. So far, they have failed; activation of the weaponry requires alien DNA.
The tension between the aliens and the humans comes to a head when an MNU field operative, Wikus van der Merwe (Sharlto Copley), contracts a mysterious virus that begins changing his DNA. Wikus quickly becomes the most hunted man in the world, as well as the most valuable - he is the key to unlocking the secrets of alien technology. Ostracized and friendless, there is only one place left for him to hide: District 9.


Miss Eisz akmar's comment:
So.. After watch this movie aku rasa ada a little bit bosan la.. cerita ni ok sebenarnya.. tapi bila banyak sangat berita2.. pastu ramai plak owang dok bercakap2.. aku rasa cam dok tengok dokumentari pun ada.. cerita dia pendek je pun tapi lamanya dekat berita2 tu laa.. tapi cerita ni sangat sesuai untuk orang2 yang really excited to know bout alien la kot..
So dengan jujur dan setulus hati aku, aku sarankan tak yah la tengok cite ni.. huhuhu~!

Em..kalu korang perasan, entry kali ni xder pun picture aku.. nape ek?sebab aku sangat malu nak snap picture depan 'my friend' tu..ntah nape ntah penyakit tau malu aku tetiba datang plak..very weird of me..huh~! Segan dowh aku..kalu aku kuar ngan My Fanna(Anna Elsa) kompem dah aku snap picture tanpa henti..huhuhu~! StickingOutTongue

15 August 2009

♥~Kenapa Ngan Budak 7eleven Tu?~♥

semalam after zohor aku ade pegi RHB bank..setelkan payment yang nak kena setel..ni urusan keje ek..bukan urusan personal aku..kang kata aku merayau plak masa office hour..

Then pastu aku pegi singgah kat 7eleven..atas niat nak beli slurpee semata-mata.. Masa aku mula-mula masuk, aku perasan budak cashier tu pandang aku semacam.. Cam pelik gak aku.. Masa tu aku terpikir.. seluar aku tak berzip ke or baju aku tak berbutang.. (masa tu aku pakai slack and kemeja) lepas aku pastikan semuanya.. Aku rasa tak der ape pun yang tak kena kat aku.. Tapi aku sgt pelik bila dia pandang aku camtu.. Masa aku bayar slurpee tu, dia dok pandang2 aku..iisshh.. masa tu nak je aku tanya.. 'Ader yang tak kena ngan saya ke?' tapi tak terkeluar lak perkataan tu..

(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Selanjutnya)

soalnyerr..
dia kenal aku ker?
akak or abg or adek dia satu skolah ngan aku ker?
kenapa dia pandang aku camtu?
dia penah nampak aku kat mana2 ker?
dia jiran aku ker?
ker dia penah masuk blog aku?
(ceh..konon cam blog dia glamer la tu..hahaha)

tak terpikir la aku jawapannya..
masalahnya tu first time aku nampak dia kat situ..
pekerja baru kot..
iiisssshhh..malas la nak pikir...

masa tu aku nak snap picture dia nak letak kat sini..
tapi takut dia perasan la plak..
walaupun kadang2 aku expert snap picture curi2 gitu tapi kadang2 kantoi gak dowh..
huhuhuhu~!

07 August 2009

♥~Kantoi By Zee Avi~♥

Lirik Lagu Kantoi - Zee Avi

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn’t true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai… you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don’t believe you
I’ve always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that’s the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend’s best friend, Tommy...

*****************************************************

Zee Avi is a personality whose fame is on the rise and unstoppable.. Zee hails from the small town of Miri in Sarawak on the island of Borneo.. At age 12, Zee moved from Borneo to Kuala Lumpur where she has been based since.. At 17, Zee started locking herself in a room for hours on end to learn to play guitar.. Guitar took a back seat for 4 years while she was studying fashion design in London.. When she returned to Kuala Lumpur, she picked the instrument back up and began writing songs and performing with a band.

The first time I hear this song I was extremely impressed. I guess Yuna has a strong contender now and can’t afford to become a DIVA as reported by certain paper. Yuna recently was claimed to be caught lying by the paper about the passing of her grandfather. Budaknya kecik jea..but has marvellous voice..

Zee began recording her songs on a webcam and posting them on YouTube for a friend to hear. Before she caught the attention of Montone and Brushfire, here current record label. I guess you can always forget about Akademi Fantasia now and just focus on Youtube. Siti Saerah, will you do that? hakhak~! Zee Avi is now based in Los Angeles. Let’s listen to her song now. Lagu ini sedap dimainkan untuk boipren2 yang tak setia dan cinta monyet budak2 sekolah..

03 August 2009

♥~Ibadah Di Bulan Syaaban~♥

Bulan Sya'ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya'ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya'ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya'ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya'ban adalah:
(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)


1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.
2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.
3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.

Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.

ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.

Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya'ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya'ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya'ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:

"Bulan itu (Sya'ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa".(HR an-Nasaie)

Malam Nisfu Sya'ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya'ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya'ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi'e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya'ban."

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya'ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: " Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan" (HR Bukhari)