background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 July 2009

♥~Rahsia Wanita~♥


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)

5. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

6. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

7. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

8. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

9. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

10. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

11. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

13. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

14. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

15. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

16. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

17. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

18. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

19. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..

20. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

♥~Love Messages~♥


•Don’t find love, let love find you. That's why it's called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.

•Lucky is the man who is the first love of a woman, but luckier is the woman who is the last love of a man.

•It takes a minute to have a crush on someone, an hour to like someone, and an day to love someone… but it takes a lifetime to forget someone.

•It breaks your heart to see the one you love is happy with someone else, but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you.

•If love is the answer , can you please repeat the question?

•Faith makes all things possible. Love makes them easy. I believe that to truly Love, is the ultimate __expression of the will to live. A heart that truly loves is forever young.

•Love makes life so confusing, but without love would you really want to live?

•Love me now, love me never, but if you love me, love me forever.

•Three things of life that are most valuable – Love, self-confidence & friends.

• To the world you may be just one person, but to one person you may be the world.

•Love is like heaven, but it can hurt like hell.

•Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?

•We come to love not by finding a perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.

•No one is perfect until you fall in love with them.

•Love, true love, is that which can give the most without asking or demanding anything in return.

•Love… What is love? Love is to love someone for who they are, who they were, and who they will be. ~ Chris Moore ~

•Love is a language spoken by everyone , but understood only by a heart. ~ Shirley Rindani ~

•People need love even when they don’t deserve it. ~ Nikki Ledbetter ~

•Maybe God put a few bad people in your life, so when the right one came along you’d be thankful. ~ Andrea Kiefer ~

•Love the heart that hurts you, But never hurt the heart that loves you.

•Love me for a reason, let the reason be love.

•It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason!

•Love is the beginning of all the joy which nature has store for us.

•Never say goodbye when you still want to try. Never give up when you still feel you can take it. Never say you don't love a person when you can't let go. ~

23 July 2009

♥~Ketika Cinta Bertasbih~♥

Kali ni aku nak berkongsi cerita pasal novel yang baru ja aku habis baca.. tajuknya..Ketika Cinta Bertasbih..Karya Habiburrahman El Shirazy..


Thanks to my Fanna sebab kasi aku pinjam buku yang sgt berkualiti ni.. (Buku kitak ni kamek suda ready mok pulangkan ni..bila kitak mok balik towk~?!)
Masa aku mula-mula baca novel ni aku agak tak paham sebenarnya.. Mungkin sebab gaya bahasa yang digunakan agak puitis and berbunga-bunga and di tambah plak dengan loghat indon yang digunakan.. Akukan dah biasa dengan karya Ramlee Awang Murshid.. So kalu nak terima ayat-ayat puitis macam susah sket la..hehehe~! Ye ke sebab tu? Tak jugak kot..mungkin aku kurang Fokus masa aku mula-mula baca agaknya.. Tapi ntah camna mood aku sangat baik untuk mendalami tiap bait-bait perkataan yg penulis ni guna and aku dah jatuh cinta ngan novel ni..

(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)

Then tak lama lepas tu.. aku baru tau novel ni merupakan novel best seller untuk Asia Tenggara.. Huwaa~! So amat la rugi pada sesiapa yang tak memiliki dan tak membaca novel ni.. Novel ni jugak dah di filem kan.. Dan dah pun di tayangkan di pawagam di Indonesia.. Cuma di Malaysia aku tak sure bila..aku dah check..takder pun tayangannya untuk tahun ni..mungkin tahun depan kot.. tunggu je la..

Background cerita ni ala-ala macam cerita Ayat-ayat Cinta la aku rasa.. Pasal kehidupan di Mesir, pasal orang yang berpegang teguh pada agama dia, pasal orang yang mempunyai pendirian hidup yang kuat.. Memang agak sama macam Ayat-ayat cinta.. Sama tapi tak serupa sebab cerita Ketika Cinta Bertasbih ni sangat menyentuh emosi aku sebenarnya..

Novel ni menceritakan kehidupan Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Al-Azhar University, Cairo-Mesir. Pengajiannya tertunda selama 9 tahun disebabkan ayahnya meninggal dan dia terpaksa meniaga bakso dan tempe di Cairo-Mesir semata-mata untuk menyara dirinya dan keluarga yang berada di Indonesia. Memang ada sedikit rasa bangga apabila melihat Azzam menuntut ilmu dan sekaligus bekerja keras semata-mata untuk menampung hidup ibu dan adik-adik dia dan yang lebih membanggakan lagi adik-adik dia mampu untuk menjadi seorang yang berjaya. Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku ini juga tidak sekadar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak kita untuk lebih mendalami rahsia ilahi dan makna cinta. Cerita ini juga boleh membimbing kita ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam mencari jodohnya dengan tetap selalu teguh berpegang kepada ajaran agama..Pastu ditambah pulak dengan adegan-adegan yang betul-betul menyentuh jiwa..
uuiisshh..memang bagus betui la budak azzam ni..satu dalam sejuta agaknya orang camni kan..

Ni preview pasal cerita ni yang aku amek kat youtube..



Lirik Lagu Tema KeTika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Cinta..

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
...Ketika cinta bertasbih...



♥~Jalan-Jalan Buang Masa~♥

Weekend ni plan aku nak jalan-jalan buang masa kat KLCC.. Sudah lama aku tak menjengah KLCC tau.. Kalau kuar pun asyik ke Jaya Jusco Balakong or Mines je or kawasan-kawasan terdekat dengannya.. Bukan tak suka nak ke KLCC ni tapi ntah la kenapa rasa cam berat bontot je aku nak ke sana.. Lagipun kat KLCC tu takder keperluan pun untuk aku beli.. Melaenkan ader favorite food aku jer kat situ.. So sebab tu je la kadang-kadang aku ringankan bontot ke sana..huhuhu~!
Dengan sapa aku gi KLCC?? mesti la dengan.....

(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)


dengan my beloved sis ni la..sapa lagi..huhu~! Kebetulan dia turun KL.. Kalu turun KL tanpa jalan-jalan buang masa mmg tak best la kan..

So bila sampai kat KLCC, first benda yang kitorang buat mesti la pegi food court..Lapo..Lapo..hehe..


Lapar gila dowh..Pukul 4 baru lunch..dah la aku pagi tu makan roti jer..(padan muka..sapa suruh malas masak).. Jom makan dulu.. Wantan mee Sup.. :D

So after makan kita ke agenda seterusnya la..Time to watching Harry Potter and the Half-Blood Prince..


Aku sebenarnya really excited nak tgk citer ni tau..tapi aku geram sangat bila aku rasa Harry Potter kali ni agak merepek and merapu meraban..iisshh~!
Sinopsis Citer Harry Potter and the Half-Blood Prince:

Voldemort is tightening his grip on both the Muggle and wizarding worlds and Hogwarts is no longer the safe haven it once was. Harry suspects that dangers may even lie within the castle, but Dumbledore is more intent upon preparing him for the final battle that he knows is fast approaching. Together they work to find the key to unlock Voldemort's defenses and, to this end, Dumbledore recruits his old friend and colleague, the well-connected and unsuspecting bon vivant Professor Horace Slughorn, whom he believes holds crucial information. Meanwhile, the students are under attack from a very different adversary as teenage hormones rage across the ramparts. Harry finds himself more and more drawn to Ginny, but so is Dean Thomas. And Lavender Brown has decided that Ron is the one for her, only she hadn't counted on Romilda Vane's chocolates! And then there's Hermione, simmering with jealousy but determined not to show her feelings. As romance blossoms, one student remains aloof. He is determined to make his mark, albeit a dark one. Love is in the air, but tragedy lies ahead and Hogwarts may never be the same again.

Sinopsis konon cam best jer..Geram betul aku..Nasib baek la aku masih ada kewarasan lagi..Kalu tak aku bom jer TGV tu..Pueh hati den~!

Ok la..Time to back home..Psst~! sepanjang akak aku takder kat KL ni aku sangat baek tau.. Sebabnya aku dah tak balik umah lewat-lewat malam dah..hahahhaha~!


:girl_9:

22 July 2009

♥~Berkaitan Tsunami Pada 22 Julai 2009~♥

Kalau korang perasan, sebelum ni aku ader post entry berkaitan penyebaran yang mengatakan tsunami yang bakal berlaku pada 22 julai 2009.
Ni ader beberapa maklumat yang berkaitan dengan kejadian berikut yang aku ambil dari Jabatan Meteorologi Malaysia.. Check It out~!

PENYEBARAN EMAIL JANGKAAN BERLAKUNYA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI PERAIRAN TIMUR FILIPINA PADA 22 JULAI 2009

Penyebaran e-mail mengenai jangkaan berlakunya gempa bumi dan tsunami pada 22 Julai 2009 telah tersebar luas sejak bulan Mac 2009. JMM telah mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan isu ini pada 8 April 2009. Rakyat Malaysia diminta tidak perlu bimbang mengenai perkara tersebut.
(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)

Tiada Kaitan Korelasi Gempa Bumi Besar Dan Gerhana Matahari
2) Berdasarkan rekod kejadian gempa bumi terdahulu, didapati tiada korelasi saintifik antara kejadian gempa bumi dengan gerhana matahari. Contohnya, semasa kejadian gerhana matahari pada 1 Ogos 2008, tiada gempa bumi bermagnitud besar direkodkan berlaku pada tarikh tersebut. Merujuk kenyataan Prof. Kerry Sieh, seorang seismologi terkenal dari Amerika Syarikat yang sekarang bertugas di Singapura, beliau telah melaporkan dalam Channel News Asia pada April 2009, iaitu sejak 110 tahun yang lalu, terdapat 85 kejadian gempa bumi bermagnitud besar. Namun, hanya dua daripada gempa bumi tersebut berlaku pada masa yang sama dengan kejadian gerhana matahari. Itu pun ianya berlaku pada masa gerhana separa, bukannya gerhana penuh. Disamping itu, dua gempa bumi tersebut berlaku di tempat yang bukannya berlaku gerhana.

Kajian Gempa Bumi Dan Risiko Tsunami Di Malaysia
3) Risiko Malaysia kepada gempa bumi dan tsunami telah diketahui. Akademi Sains Malaysia, MOSTI telah menyelia satu kajian yang komprehensif tentang risiko gempa bumi dan tsunami di Malaysia yang dilaksanakan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains, UPM, USM, dan UTM. Kajian ini telah siap sepenuhnya pada Januari 2009. Pada masa yang sama JMM juga telah menganjurkan dua
International Roundtable Dialogue on Earthquake and Tsunami Risks in Southeast Asia, South China Sea and Western Pacific Marginal Seas Region. Kajian ASM dan roundtable dialogue tersebut juga mendapati bahawa subduction zone Taiwan-Filipina di perairan barat adalah bersaiz kecil berbanding dengan subduction zone di perairan sepanjang timur Sumatera. Mengikut pandangan ahli seismologi dan berdasarkan rekod terdahulu, gempa bumi yang berkemungkinan berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya boleh menjana gempa bumi pada magnitud 8.5 pada skala Ritcher (worst case scenario). Rekod terdahulu menunjukkan bahawa gempa bumi yang berlaku di kawasan subduction zone Taiwan-Filipina hanya hampir mencapai magnitud 8.0 pada skala Ritcher. Perbezaan 1.0 magnitud pada skala Ritcher akan mengakibatkan kekuatan 10 kali ganda.

Model Numerikal Tinggi Ombak Dan Masa Tiba Jika Tsunami Berlaku
4) Merujuk kepada model numerikal, sekiranya gempa bumi berskala 8.5 Ritcher berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina (worst case scenario) dan tsunami boleh terjadi, ombak yang bakal sampai di perairan Sabah adalah kurang dari 1.0 meter dalam tempoh masa antara 3 – 4 jam selepas kejadian gempa bumi berlaku. Keadaan pelantar benua di Laut China Selatan yang cetek akan memperlahankan pergerakan ombak tsunami di samping menyerap tenaga yang dihasilkan oleh tsunami tersebut sebelum sampai ke perairan Malaysia. Kemungkinan gempa bumi berskala 8.5 Ritcher berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina (worst case scenario) dan tsunami boleh terjadi adalah kecil.

5) Keadaan ini juga adalah berbeza dengan keadaan semasa gempa bumi kuat 9.3 pada skala Ritcher di perairan barat Sumatera pada 26 Disember 2004 yang menghasilkan ombak tsunami rentas sempadan yang ombaknya sampai di pantai barat laut Semenanjung Malaysia iaitu pada ketinggian 2 - 3 meter, dan pecahan ombak mencapai 8 meter. Pada masa tersebut juga, Malaysia dan semua negara di rantau Lautan Hindi tidak mempunyai sistem amaran awal tsunami yang dapat memberikan maklumat awal tentang kejadian tsunami tersebut.

6) Dalam kes sekiranya gempa bumi kuat yang mencetuskan tsunami berlaku di subduction zone perairan timur Filipina, kepulauan Filipina akan menghalang Malaysia daripada menerima kesan terus daripada tsunami tersebut. Risiko tsunami adalah lebih rendah berbanding sekiranya gempa bumi bermagnitud sama berlaku di subduction zone Taiwan-Filipina. Daripada model numerikal, kesan tsunami ini hanya boleh mengancam selatan Sabah dan tinggi ombaknya adalah kurang dari 0.5 meter.

Sistem Amaran Awal Tsunami
7) Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia dan rangkaian amaran awal tsunami antarabangsa (Pacific Tsunami Warning Center (PTWC) di Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA) di Tokyo) pada masa ini adalah cukup bersedia untuk mengeluarkan amaran awal jika tsunami berlaku. JMM juga mempunyai hubungan terus dengan PTWC dan JMA bagi meningkatkan keupayaan SAATNM. Berbanding semasa gempa bumi kuat di perairan barat Sumatera yang menghasilkan tsunami rentas sempadan pada 26 Disember 2004, pada masa tersebut Malaysia tidak mempunyai sebarang system amaran awal bagi mengesan tsunami. Pada masa tersebut juga, rangkaian antarabangsa bagi memantau tsunami di rantau ini adalah juga tidak mantap dan bersedia. Rangkaian pemonitoran tsunami juga telah dimantapkan lagi oleh komuniti antarabangsa. Pada masa ini, PTWC dan JMA telah mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan amaran awal tsunami di perairan Laut China Selatan dan Pasifik Barat dengan lebih cepat dan tepat.

Latihamal Antarabangsa
8) JMM juga telah terlibat sama dengan latihamal persediaan menghadapi tsunami yang telah dijalankan oleh badan antarabangsa iaitu UNESCO Intergovernmental Oceanic Commission. Latihamal pertama
pada Mei 2006 iaitu Pasific Wave 2006 telah melibatkan peringkat komuniti di Tuaran, Sabah. Manakala latihamal kedua pada Oktober 2008 iaitu Pasific Wave 2008 melibatkan persediaan komunikasi dan menilai tahap kecekapannya yang melibatkan tiga agensi iaitu JMM, MKN dan RTM.

Kempen Kesedaran Awam Di Sabah Dan Sarawak
9) Bagi meningkatkan tahap kesedaran pihak awam di kawasan yang berisiko, JMM bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah melaksanakan kempen kesedaran awam di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak. Pada 2007, kempen kesedaran awam tentang gempa bumi dan tsunami telah diadakan di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad datu, Semporna dan Tawau di Sabah. Pada 2008, kempen yang sama telah diadakan di Ranau, Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah, dan di Kuching, Miri dan Bintulu di Sarawak. Pada bulan Jun 2009, JMM telah juga telah melaksanakan kempen kesedaran awam bagi penduduk yang tinggal disekitar siren tsunami iaitu di Tawau, Semporna dan Sandakan di Sabah. Pada tahun 2009 juga, JMM bersama-sama MKN sekali lagi telah merancang program kempen kesedaran awam ditiga lokasi di Sabah dan empat lokasi di Sarawak mulai Julai 2009.

Kesediaan Agensi-Agensi Menghadapi Tsunami
10) JMM telah mengadakan mesyuarat bersama-sama MKN, Polis DiRaja Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam menangani bencana tsunami pada akhir 1 Julai 2009 bagi mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya secara coincident gempa bumi kuat yang menghasilkan tsunami berlaku dalam tempoh gerhana matahari tersebut. Ini menunjukkan agensi-agensi yang terbabit dengan pengurusan risiko bencana tsunami sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana tsunami.

11) JMM akan memantau dengan rapi kejadian gempa bumi di rantau ini dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia jika sesuatu gempa bumi kuat yang boleh mencetuskan tsunami berlaku. Oleh itu, semua rakyat Malaysia diminta bertenang dan tidak risau mengenai jangkaan tsunami akan berlaku pada 22 Julai 2009.

20 July 2009

♥~Peristiwa Israk Dan Mikraj~♥


ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajib mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w. Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

(Sila Klik READMORE untuk mendapatkan cerita keseluruhan)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dongeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam pertama sekali kena percaya Allah itu Maha Berkuasa. “Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT”. Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
*Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

*Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

*Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

*Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

*Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

*Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

*Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

*Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

*Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

*Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

*Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

*Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

*Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj, Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu'alam.

19 July 2009

♥~Akukah Yang Emo...Atau...?????~♥


Em.... Actually aku jarang nak buat luahan hati aku kat sini...
Memang aku tak suka sangat apa yang hati aku rasa
di jadikan tatapan umum..
Cukup la sekadar aku ceritakan apa yang berlaku sekeliling aku
secara luarannya je tanpa menyentuh hal-hal peribadi aku..
Pada aku..Hal-hal peribadi aku hanya aku kongsikan dengan
orang yang betul-betul dekat dengan hati aku n
dengan orang yang aku selesa untuk bercerita..

Tapi kali ni aku nak cerita sket apa yang hati aku rasa..
mungkin bukan secara detail apa perasaan yg aku hadapi...
Tapi pada orang yang betul-betul dekat dengan aku mungkin akan paham kot..
Ye ke dorang akan paham?? Ntah la.. Mungkin ye.. Mungkin tak..
Kenapa??? Sebab aku sendiri pun tak paham..
inikan pulak orang laen nak paham...
Undecided
(Sila Klik READMORE Untuk Dapatkan Cerita Keseluruhan)

Serabutnya kepala otak aku ni...
Kalu otak aku ni transparent,
Orang dah boleh nampak dah urat-urat kat kepala aku ni berserabut..
Urat yang bersimpul mati yg susah nak dihuraikan pun ade aku rasa...
apa cara nak buka simpulan mati tu? Susah nak cari solution..
Melaenkan ambik gunting then potong je urat tu... Setel la kot...
AngryFaceohnoes

Ntah la.. Biar apa pun yang terjadi sekeliling aku buat masa ni,
aku rasa macam malas nak ambik port..(walaupun a bit hurt)
Aku nak jadi seadanya aku jer..
Walaupun kadang-kadang apa yang terjadi
sering timbulkan tanda tanya..
Tapi.. setiap orang ader alasan dorang sendiri kot... Biarlah.. Biarlah..
Biarkan dorang dengan dunia dorang.. Aku dengan dunia aku..

Aku tetap je aku yang dulu.. tak kisah la apa yang jadi...
kalau orang send testi/komen, aku tetap respon balik
(kalu masa izinkan)
kalau orang call aku, aku tetap layan
(kalau aku tak busy)
kalau orang nak ym ngan aku, aku pun layan jer
(for certain people only kot..huhu)
tapi...
kalu orang hulurkan salam perkenalan, aku sambut..
kalu orang tak nak hulurkan lagi, memang aku pun takkan hulur gak...
kalau orang tegur aku, aku tegur balik..
kalau orang dah tak nak tegur aku.. aku pun tak tegur laa...
kalau orang send sms, aku reply..
kalau orang dah tak nak send sms.. aku pun takkan send...

Ego ke aku bila buat camtu??
Sombong ke aku kalu aku buat camtu??
Aku pun manusia biasa..tau rasa malu...
Tau rasa bosan bila ape yang aku buat takde respon balik..
Aku bukan tunggul kayu yang taktau aper tu feeling rejected...
Aku sama jer macam dulu.. aku akan cuba elakkan sebaek mungkin apa-apa benda yang bakal buat hati aku sakit..
Tapi..Aku still berpegang pada satu benda..
Mungkin apa yang berlaku ada sebab dan alasannya..
Dan aku tetap terbuka menerima setiap alasan pun..
(selagi masuk akal)
:girl_12:

emmm..one thing aku lupa...ini hukum alam..what u give u get back..
Dulu ada Hamba Allah ni sakitkan hati aku..
Nah skrang... Benda yang sama jadi kat dia..
ikut hati aku nak je kata padan muka ko..
pastu datang cerita kat aku plak..tak ke mengong namanya...
So..What do u feel syg?? best ka rasa dikhianati tu??
Maaf..Simpati aku dah mati untuk orang seperti kamu..
Gunalah irama kesedihan apa pun..
Gunalah nada penyesalan apa pun..
Kamu tak layak mendapat simpati aku..
huhuhu...

******************************************************
Ketika Ini - Estranged

Sedih mulanya
Jikalau kamu tiada lagi di sisi
Wujud bezanya
Keadaan itu bertukar akhirnya
Sunyinya rasa
Yang sebenarnya di sini engkau tiada
Senangnya rasa
Mengingati masa dia ada bersama

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

Senangkah engkau
Sekiranya tiada aku jelma
Kuatkah kamu
Kalau tiada menunjukkan arah
Berdirilah kau
Agar yang disebelah kamu bantu
Sedihnya rasa
Hatiku mengundang masa kau masih ada

Kelip terakhir buat mataku
Kita layari cakerawalamu

Hanya sunyi disisiku
Sehingga kita bertemu
Hanya suci ditanganku
Hingga kita bertemu

******************************************************
:snow14:

17 July 2009

♥~Interview~♥



Sebenarnya ada rasa sedikit bosan nak attend interview SPA ni...
tak penah-penahnya dapat..(tak layak kot aku)
dah la kena tunggu lama-lama plak tu..
(padan muka..sapa suruh takmo bangun awai..memang lambat la turn)
tapi..biaq la apa-apa pun yang annoying..
aku tetap gak p..
mana nak p tau kot tetiba rezeki aku..
jangan mengalah sebelum bertanding...huhuhu..
(kalu tak pi kena tahan telinga la dengaq pak kadiaq dok berletiaq)


antara persediaan aku..
baca pasal menteri..baca pasal description job..lagi pasal isu semasa..
tapi hampeh..
masa interview depa tak tanya pun...



tempat interview tu..wisma persekutuan...
katanya baru dirasmikan 13 julai 2009...




antara yang hadir dalam interview tu..aku nombor 19..
bole plak p sesat dalam wisma tu..tapi salah depa la..
dalam surat bagitau aras bawah..tapi rupanya tingkat dua..
ni sapa yang mengong pun tatau la ni...


aku pada hari tu....
Turn aku masa pukul 12.05..punya la bosan aku tunggu..dari pukul 8 sampai 12 tu..
nak sms pun tatau nak sms ngan sapa..last-last aku maen game ja..puas hati aku..huhuhu...

16 July 2009

♥~Emm...Sedap~♥

Balik kampung musim buah ni yang best ni..
Bole makan durian..rambutan..manggis..dokong..
tapi jangan makan over limit..
kang berderet plak mc korang
(mc sbb sakit..bukan mc beli arr..mc beli tu penyakit malas..huhu)

jom makan durian sama-sama..
nyumm~! nyuumm~!


hahahaa~! sapo la yang makan ni..
Buruk lantak sungguh la anak-anak Pak kadiaq ni..
silap-silap kentot pun bau durian ni..cihihi~!

♥~Happy Birthday Dr. Rose~♥


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Dr. Roseitah
Allah selamatkan kamu


..Wishing u..
*Selamat Hari Lahir yang ke-45
*May God Bless U Always
* all da fun n excitement that only birthdays can bring n not to forget

♥~Seperti Yang Dulu~♥


Tiada guna kau kembali
Mengisi ruang hati ini
Semuanya telah berlalu
Bersama lukaku

Semua yang telah berlalu
Antara hatiku dan hatimu
Takkan ada cinta
Seperti yang dulu

Tiada guna kau berjanji
Untuk setia menemani
Hatiku yang telah terluka
Kerana dustamu

Semua yang telah berakhir
Antara diriku dan dirimu
Takkan ada yang rindu
Seperti Yang dulu

07 July 2009

♥~NIBIRU 21-12-2012 - Bencana Alam Terbesar??~♥



Sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (musytari).

Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan o NASA. Bulan mei 2009, planet ini jelas kelihatan dibeberapa tempat.. Antaranya, 2/5-at arizona skies, 17/5-at India skies, 18/5 at antartika..
(Sila Klik ReadMore Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. (tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.
Di norway misalnya, mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana. (rujuk newspaper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat islam... ALLAHHUAKBAR

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube.

Miss Eisz Akmar:
"adakah dapat di terima akal tentang spekulasi tersebut??wujudkah planet nibiru ini?atau ianya rekaan semata mata oleh pihak tertentu bertujuan untuk memesongkan akidah umat2 islam pada masa ini? tapi kita tidak harus menolak begitu sahaja ramalan tersebut..sebabnya disini ialah segala ilmu dan pengetahuan itu adalah dari Allah s.w.t ilmu sains itu juga ialah diturunkan oleh Allah s.w.t pada kita untuk mempelajarinya dan direalisasikan sebaik baiknya untuk kebaikan setiap makhluk yang diciptanya...Tapi ingat juga..didalam islam, kita dituntut menggunakan logik iman.. bukan hanya logik manusia yang penuh dengan keterbatasan ini..Waallaahu a’lam bishawab.. Actually, kita tidak perlu mempersoalkan bila kiamat itu tiba.. itu bukan hal yang penting kerana kiamat pasti terjadi.. yang menjadi persoalan adalah, bagaimana kita akan mempertanggungjawabkan amal perbuatan kita selama di dunia ini di hadapan Allah SWT kelak.. Sudah siapkah kita menghadapinya???..ini yang penting~!"

♥~GERHANA MATAHARI & TSUNAMI PADA 22 JULAI 2009?~♥


Terdapat khabar angin yang tersebar luas ketika ini, mengatakan akan berlakunya satu tsunami yang dahsyat pada 22 Julai 2009, pada hari berlakunya gerhana matahari kedua bagi tahun 2009 ini. Dikatakan akan berlakunya 3 gempa bumi bawah laut yang melangkaui bacaan 7 pada skala Richter di perairan luar pantai Taiwan, barat Jepun dan di gugusan kepulauan Pasifik Selatan, yang masing-masing berada dalam lingkungan laluan gerhana.

Ramalan mengatakan kejadian ini akan berlaku sekitar 3pm-7pm (tempoh gerhana) bakal mengakibatkan bencana yang besar di negara-negara sekitar termasuk Sabah & Sarawak di Malaysia.

(Sila Klik ReadMore Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)


Walaubagaimanapun, kesahihan berita ini wajar diragui kerana sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat oleh agensi-agensi meteorologi & kaji bumi dari mana-mana negara, kecuali sedikit kenyataan dari seorang professor fizik, Universiti Tokyo yang meramalkan kejadian ini tanpa apa-apa asas atau kajian lanjut.

Apapun, bumi kita ini sudah semakin lanjut usianya. Dan, gempa bumi yang semakin kerap dan silih berganti berlaku di Timur telah lama di ceritakan sebagai salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Sebagai manusia, kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua ujian Allah dalam apa jua situasi dan bentuk.

Oleh itu, walaupun khabar angin ini tidak disokong dengan sebarang kajian saintifik namun kita seharusnya berwaspada dan cuba mengelak dari terlibat dalam bencana ini.

Miss Eisz Akmar:
"Allahua'alam..... Tunggu je la 22 ni betol ke tak cerita ni..apa-apa pon...kena bersedia .. Better to be safe than sorry.."

01 July 2009

♥~TIPS LUPAKAN EX-BOYFRIEND ANDA~♥



Biasa la bila bercinta semuanya indah…
Memang tak dapat lupakan Dia..
Makan ingatkan Dia, tidur ingatkan Dia, mandi ingatkan Dia…
Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan Dia la..

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan Dia..
Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan ex-boyfriend kamu..

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

P/S : Entri kali ni xder kena mengena ngan diri aku..saja je nak berkongsi k..

♥~KENALI DIRI ANDA MELALUI RAMBUT~♥




RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

RAMBUT KERINTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.

RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

RAMBUT HALUS/LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.

TIADA RAMBUT - macam mana nak kate ye....kesian.

RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU HIJAUAN - itu rambutan... Huahuahuahua...

SeKiAn...