background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 December 2009

♥~ Lirik Cinta Terakhir - Aiman ~♥

Aiman - Cinta Terakhir

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Chorus
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya segalanya

Ulang Chorus

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
Segalanya ketentuan Tuhan

14 December 2009

♥~ Oh My Farm! ~♥

I'm back~!

sangat lama aku x layan blogging nih..bukan aku terlupa..tapi kekadang kemalasan selalu ja melanda diriku..huhu~~!
Ye ker malas?? sbenarnya x jugak..
aku sibuk layan facebook skang nih..ni kak led la punya pasal ajak aku layan Farm Town..Last2 memang sah2 aku terlekat kat sana..sampai kan Friendster aku x sempat nak update ape2..blogspot pun menerima nasib yg sama..and know what?? YM pun aku dah jarang2 masuk..hahahaha~! gila dowh~!
Talk about Farm Town, actually aku merasakan sangat interesting la..sebab bole create farm kita sendiri..pastu bila rajin keje kat ladang kita dapat beli umah,traktor n other asset la..tapi skang tanah aku dah full...so jadi sgt bosan dah kat sana..kalau aku pegi pun maybe untuk harvest je..dah gi keje ladang ke ladang pun aku dah malas..
maybe dah sampai masa untuk aku berbalik ke blogging kot..

maybe...

13 November 2009

♥~Perkara Yang Tersembunyi Di Dalam Minda~♥

Last week aku dapat this emel from Razzaman bout our mind..emel ni agak menarik la untuk dibaca.. kadang-kadang benda cenggini bole sedarkan kita bila kita merasakan kekadang kita ni terlalu mengikut perasaaan sebenarnya.. tapi tu la.. kita ni manusia biasa.. kekadang terikut perasaan jugak.. tau rasa marah.. tau rasa sedih.. tau rasa sakit hati.. kita bukan dilahirkan dengan bakat lakonan yang hebat so kekadang kita tak bole nak sembunyikan perasaan kita.. tapi kita bole belajar mengawal setiap apa kita rasa kan? macam aku.. aku pun sedang belajar mengawal.. tapi seperti biasa la.. kekadang tersasar gak.. huhuhu~! So let's read this emel n let's sharing together..


oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata "Aku malaslah hari ini", "Aku boringla hari ni", anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, "Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita."

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jikaanda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

07 November 2009

♥~ Trouble Is A Friend ~♥



Song Title: Trouble Is a Friend
Artist: Lenka


Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You’re fine for a while but you start to lose control

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don’t forget as you ease on down the road

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He’s there in the dark, he’s there in my heart
He waits in the wings, he’s gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don’t be alarmed if he takes you by the arm
I won’t let him win, but I’m a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

03 November 2009

♥~ Unbalance Emotion ~♥



Uuuurrgghhh~! sangat penat arini.. pagi tadi kena p Universiti Pertahanan Nasional Malaysia kat sg besi.. ada taklimat panel bout new procedure n new agreement.. pastu discuss bout problem2 panel nih.. dalam kul 1 jugak la abesnya.. pastu pegi bank in duit daily collection yg dah seminggu tak di bank in.. dah la hari ni cuacanya panas bukan maen.. fuh~! time2 nih kalu ade yg cari pasal ngan aku memang dapat maki laa.. hahaha~!
(Sori to Ranjini coz aku termelenting n tertinggi suara sket tadi.. tak de niat pun.. tapi ntah la.. semua tu di luar kawalan aku.. really sorry dear~!)

Dekat kul 3 jugak la baru aku masuk opis.. dah kul 3 tapi tengok la.. satu ape pun keja opis tak jalan.. dah la nak kena siap kan panel claim minggu nih.. pastu invoice claim yg Hq mintak pun aku tak buat2 lagi.. pastu nak arrange kan hal-hal famili day lagi.. penatnyerrrrrrrrrr~!

Uurrrrgghh~! tensennye aku.. otak aku pun berserabut nak pikir banyak2 benda nih.. serabut pikir nak siapkan keje.. serabut pikir nak kejar dateline.. :(

Uurrgghh~! malasnyer aku nak pikir.. senak otak aku.. nak makan painkiller then nak tido... ZZzzZZzzZZzz..



27 October 2009

♥~Ku Percaya Ada Cinta~♥

Siti Nurhaliza ~ Ku Percaya Ada Cinta

Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta tersembunyi hikmahnya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ada hikmah yang pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci yang abadi

26 October 2009

♥~PapaDom - A Must-watched Movie~♥


Cerita Asal Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik dan Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22.. Filem terbaru dari Tayangan Unggul arahan Afdlin Shauki ini menarik dan perlu ditonton oleh semua lapisan masyarakat.. nape menarik? Sebab aku dah tengoklah.. hehehe~! Panggung pun penuh beb.. cayalah~!

Filem ini sangat berkesan.. kelakar sesangat.. kitorang gelak macam nak roboh panggung.. pecah perot.. patut la menang award.. semua karakter hidup.. sedih disaat-saat akhir cite (hampir ternangis aku) dan yang paling penting tak membosankan.. dalam lawak ada sedih..pastu lawak balik..hahahaha~! a must-watched movie~! Afdlin deserves the award~! best malaysian movie ever~!

♥~ Sinopsis Filem PapaDom ~♥
Mengisahkan Saadom adalah seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan ketika ingin melihat anaknya menerima anugerah di sekolah selepas suaminya memberikan alasan sibuk. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi. Sehinggalah saat berpisah apabila Miasara ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di IPTA. Miasara tidak lagi mahu ayahnya mengikutnya ke Kuala Lumpur dan mengugut akan berhenti belajar sekiranya tidak patuh arahannya. Saadom akur dengan kehendak anaknya, namun di sebalik itu Saadom punyai rancangan untuk memohon jawatan sebagai tukang kebun di IPTA tempat anaknya belajar agar dapat sentiasa melihat anaknya.



**Latest news: Papadom's box-office collection is RM2.4 million dalam masa 13 hari tayangan and still going strong... too bad our wajib tayang period ends already. so the shows kat panggung sudah berkurangan. jangan biarkan ini berlaku.. Suruh pawagam yg berdekatan dgn anda terus menayangkannya dengan mengajak kengkawan pergi tengok..

♥~Jalan-Jalan..Lepak-Lepak~♥

This week akak aku ni turun kl.. tapi dia x plan awal-awal pun nak ajak aku kuar.. so aku assume dia taknak kuar memana la n aku pun seperti biasa la, dah bosan duduk umah so aku datang la keja..Last minit baru bagitau nak ajak aku gi makan wantan.. ntah pape ntah.. cam x bole bagitau aku awal-awal nak kuar.. so natijahnya..tunggu la aku sejam untuk bersiap2..hihihi~! Sesampainya kitorang kat KLCC, azil ngan lolly dah menunggu dah kat sana.. sian korang kena tunggu lama-lama.. huhuhu~!


Actually selain makan wantan, plan kitorang aritu sebenarnya nak nengok cite papadom.. kitorang memang dah reserve tiket tapi kitorang tak sempat nak collect 45minit sebelum tayangan.. nah~! kena queue panjang2.. malas betul aku bab nak queue ni.. tapi terpaksa la jugak..

Alhamdulilah~! at last dapat jugak tiket papadom untuk tayangan pukul 645pm.. pasal cite papadom ni nati aku cite lam entry laen.. sebab citenya sangat best.. rugi oo sape tak tgk..
a must-watched movie~!

Seperti plan awalnya, after tengok movie so kita dinner..


Wantan~! nyummy~! nyummy~!
(aku publishkan picture ni actually maw kasik ko jeles ba ni kak led.. hahaha~!)

So after makan2, memang terus balik umah laa.. dah tak terpikir dah nak pegi memana lagi.. lagipun mak kitorang pesan jangan balik umah lewat2 malam.. so kitorang sebagai sebagai anak yang baik ni memang akan mendengar arahan..
(psssttt~! kalu mak taktau takpe la nak balik lewat sampai subuh pun.. hahahaha~!)

19 October 2009

♥~A Day With My Fanna~♥

After my Fanna further study kat sarawak, ni first time kitorang jumpa.. agak-agaknya ade la dalam 2-3 bulan gitu tak jumpa.. walaupun jumpa cuma sehari je tapi it's ok la.. it's better than never.. huhuhu~! tapi memang dalam keadaan agak rushing sket la sebenarnya.. agak mengejar masa.. So kitorang plan kuar kul 10 pagi..tapi..dah dekat kul 1 baru jumpa..huhuhu~!

Dah 2 bulan lebih my fanna kat sarawak, terus lupa jalan ke bandar sri permaisuri agaknya.. adoiiyaii fanna.. kenak sik inform awal-awal kitak sesat bah? then part yang paling best tu bila dia mula tanya..
"jalan kat sini ade yang dah bertukar ke eisz?"..
hahahaha~! comey betul~!

So that day kitorang pegi JJ Balakong like usual.. the best place to go~! ntah nape la aku suka sangat JJ Balakong ni pun aku taktau.. tapi aku rasa lagi enjoy pegi tempat ni dari pegi KLCC or Times Square or Mid Valley.. Sehari sebelum kitorang kuar tu fanna ada mention nak beli kemeja untuk dorang punya presentation day.. so aku just teman fanna beli baju n dia punya stationery.. aku plak memang dari awal dah letak niat tak nak shopping pape sebab ntah nape aku rasa aku agak boros lately.. maybe sebab takder org guide aku kot..so aku pun selalu la membeli tanpa merancang.. but u know what..aku terbeli jugak sehelai jaket .. adessss~! susah betul nak kawal diri..apa la nak jadi ni eisz oooiii~!


So Time to back home..



Rasanya kitorang balik hari tu around pukul 6 kot.. cam pelik plak rasanya bila kuar then balik seawal itu.. huhuhu~! So after this, hujung bulan 11 plak baru bole jupe my fanna ni..
So fanna, good luck in your exam.. try the best..
miss u and luv u fanfan :>

♥~A Day With My Friend~♥

(Zati, Aishah, Me)

Finally dapat jugak aku keluar ngan si aishah ni.. sebelum ni plan bukan maen lagi..tapi asyik delay memanjang... kalau dia dah free aku plak yg ade hal, bila aku dah free dia plak ade hal..walaupun masing-masing cuma kat KL tapi nak menyelit dalam masa tertentu kadang-kadang susah gak.. At last dapat jugak hang out sesama..
(walaupun aku di biarkan menunggu sejam lebih)..huhu~!

Aishah ni dulu officemate aku.. she such a great friend.. caring n loving.. tapi memang selalu dia ni la jadi mangsa nyakat aku... hahaha~! macam Fanna selalu cakap laaa.. aku ni kan such a naughty girl... tak nyakat owg mana lengkap idup aku nih.. huhuhu~!

Hari tu kitorang tak de plan nak wat ape pun.. aishah cakap dia just nak borak2 je.. tapi pada aku plak kalau stakat borak je cam tak best laaa.. bosan tu tak laa tapi rasa cam masa lambat gerak.. So aku ajak dorang tgk movie Jin Notti.. Ingatkan best.. tapi rupanya haprak punya cite.. tak best pun.. memang la ade scene yg funny yang bole buat kita gelak ketawa.. tapi just gelak gitu je sbb tak la funny mana pun.. aku rasa orang2 yg pegi tgk cite ni mungkin la sbb mawi atau fara fauzana..sebab aku sendiri pun pegi tgk sebab fara fauzana n sebab tu KRU punya movie.. kalu tak jangan harap aku nak tgk..


Disebabkan movie tu pukul 4 berapa ntah... so sebelum tu kitorang lepak2 la dulu kat taman tasik tu..sekadar memenuhi hasrat aishah untuk berborak2.. hehehe~!


After tengok movie tu kitorang pegi masjid jamek jap.. pegi cari tudung.. thanks to aishah la sebab bersungguh2 dia tolong aku cari tudung tu.. kalu ikut niat asal aku memang aku amek je memana.. cam taknak la nyusahkan aishah.. lagipun sebelum tu memang dia dah mention dia taknak balik lewat.. tapi bila aishah dah beria je nak tolong so aku pun on je laa.. thanks ek aishah.. :)

14 October 2009

♥~10/10/2009 Open House Day Part 2~♥

Sebenarnya agak kelam kabut open house nih...masa tetamu datang pun ada beberapa makanan yang tak siap di prepare lagi..so mana-mana tetamu yang rajin tu memang sangat dipersilakan la tolong kitorang prepare kat dapur...huhuhu~! tu la...awal2 tak nak prepare..konon-konon sempat lagi sebab majlis lepas asar...pastu amek la ko kelam kabut tak pasal-pasal...apa punya tuan umah la weh..huhuhu~!
Ni antara beberapa gambar yang sempat di snap pada hari tu....


Antara bebudak YM room kedah 3 yang hadir...


Actually, pada hari tu ada insiden yang terjadi yang tak dapat dielakkan.. kadang-kadang dugaan ni datang tak kira masa.. walaupun sebenarnya dari awal kita dah dapat hidu baunya tapi tak sangka plak at last jadi jugak.. tak pe laaa.. like usual, past is past.. although a bit hurt tapi malas nak amek port sangat.. buat-buat lupa cukup laaa...kan?? kan???

Hari ahad tu pukul 2 petang aku dah gerak balik kl.. pada mulanya penat tu tak terasa sangat pun.. tapi bila dah sampai kat kl... Fuhhhh~! memang sangat terasa segala penatnya di sana-sini.. rasa cam nak cuti lagi pun ada isnin tu.. rasa malas je nak gi keje.. tapi sampai bila nak layan malas kan????
Wake up eisz~~!!!!!!!!!!!

♥~ 10/10/2009 Open House Day Part 1~♥

Seperti yang diketahui beberapa orang kawan-kawan aku, tarikh 10/10/2009 telah diadakan open house yang tak berapa nak open sangat di kediaman No. 163, Lorong Bidara 15, Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Kedah a.k.a umah kakak sulung aku. So seperti permintaan my ledwina a.k.a my beloved girlfried yang telah mintak aku displaykan gambar2 makanan pada hari terbabit, maka aku displaykan beberapa yang sempat aku snap ni khas utk kamu kak led..




Antara makanan yang dihidangkan pada hari tersebut:

1. Kuih Raya
2. Lemang
3. Ketupat
4. Rendang Ayam
5. Nasi Himpit
6. Nasi Minyak
7. Laksa
8. Bihun Tom Yam
9. Spageti Bolognese (prepared by me..hahahah~! nak jugak aku bagitau)
10. Sate
11. Cream Caramel
12. Puding jagung berkuah (tapi sampai ke sudah aku tgk puding tu takde kuah)
13. Kek Coklat
14. Kek Kukus Gula Hangus
15. Buah Tembikai
16. Air Rebina (ni pun nak jugak aku kestau ko kak led.. :p )

Ini je yang di hidangkan pada hari tersebut... See kak led.. Betapa aku sangat mengotakan janji aku.. hehehehe~!

03 October 2009

♥~Kenapa Ngan Aku Nih~♥

em...dont know why..aku sendiri tak tau ape benda yang aku rasa ni tau..tetiba je datang prasaan yg tak menentu cam ni..

Aku rasa susah hati..
Tapi aku tak tau susah hati kenapa..
Aku rasa sedey..
Tapi aku taktau sedey kenapa..
Aku rasa nak nangis..
Tapi aku tak tau nak nangis untuk ape..

Ya Allah..kenapa ni???? Hati aku rasa sayu je dari tadi..tiap apa yang jadi mesti bersebab..tapi nape kali ni takde sebab??nape datang tetiba jer??

02 October 2009

♥~Raya Ke 3 - Terjahan Open House 3~♥



Akhirnya..the last house..umah azroy kat perlis..uisshh..kat sini dihidangkan mee kari n kueh2..aku cuma makan kueh ja..mee kari dia nampak cam sangat sedap tapi tak berani lak nak makan memandangkan perut aku rasa sangat tak selesa..dua hari kebelakangan ni asyik senak-senak semacam je.. :(



Tapi yang best kat sini adalah sesi maen mercun..huhuhu~! a bit meriah laaa...tapi takde plak gambar nak letak ni..tengah-tengah gelap nak amek gambar apanye..huhuhu~!

Aku tak ingat la pukul brapa kitorang gerak balik dari umah azroy..tapi malam jugak laa..sampai muka naek kusam la..hahaha~! anak dara sapa la yang berjalan sampai tak ingat nak balik umah nie... :p

♥~Raya Ke 3 - Terjahan Open House 2~♥



Lepas makan-makan kat umah mone..p makan kat umah abg yus plak..sebenarnya kenyang lagi..tapi makan ja la dah alang-alang p.. Kat umah abg yus ni serious aku tak ingat menu apa...hahahaha~! tapi seingat aku ada bihun sup n nasik lauk ayam masak apa ntah..pastu ada acar, ikan keli goreng..pastu ada..em..adess~! memang serious tak ingat..huhuhu~!



Seperti biasa..amek gambaq dulu sebelum berambus..huhu~!



So..seterusnya..sesi terjah ke umah azroy plak~!