background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 June 2009

♥~Konsert Inspirasi TV3~♥

Aku bukannya suka sangat nak menjengah tengok konsert sebenarnya...
malas nak bersesak-sesak..rimas..
tapi kali ni ntah nape aku rajin sgt nak pegi tgk konsert...
kebetulan tempatnya agak senang dituju..
Dataran Merdeka..bole pegi naek train je..
dah tak perlu pikir pasal parking...heheheh..


Konsert ni sempena ulangtahun tv3..
so..korang bole assume la yang konsert ni agak santai jer..
malah ade jugak mak ayah yg bawak anak-anak yang masih kecik lagi..(kesian anak korang)


Ramai jugak artis yang terlibat malam tu..
ada one nation emcee, hujan, bunkface, m nasir, jamal abdillah, awie, adibah noor, jaclyn victor, ning baizura, noryn aziz, aizat, afgan, tomok, estranged, Dina and...yang ditunggu-tunggu tentu Faizal Tahir~!


Antara selebriti-selebriti yang menggamatkan suasana...



Pengacara pada malam tu..



Kitorang.. Sekitar konsert berlangsung..



Pada aku, konsert tu ok..
kecuali ada sikit keadaan yang tak terkawal laa..
tapi secara keseluruhannya...
best~!

So..konsert dah abes..dah sampai masanya balik umah..
babai semua...




Eisz Akmar~arrived at home on 12.30 a.m
Eisz Akmar~signing off

27 June 2009

♥~Kelebihan Bulan Rejab~♥


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah
muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya
Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang
menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan
daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari
kiamat.

*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu
neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari
kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di
dalam
syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di
hadapan
mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah
lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya
(pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas
segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi
minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat
di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan
pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang
yangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib
baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah
tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,
dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab
seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan
seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab
bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana
kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal
Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji
berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat
Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70
kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api
neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian
Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu
dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan
antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran
hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada
bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam
syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya
(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70
dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya
daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang
suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,
kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada
siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya
keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P/S : Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

21 June 2009

♥~You Raise Me Up..Thanks Ayah~♥

Happy Father's Day to my beloved ayah, En. Kadir bin Ibrahim..
Also Happy Father's Day to all fathers in the world..


..Ayah...
Thanks coz membesarkanku dengan sempurna
Thanks coz memberikan kasih sayang yang tak terkira
Thanks coz menjadi guru yang terbaik untukku sepanjang mengenal erti hidup ini
Thanks coz tidak pernah leka dalam memberi perhatian kepadaku
Thanks cos selalu ada bila aku memerlukanmu
Thanks coz memenuhi setiap keperluan dan kehendakku..

...Ayah...
I am thankful to Allah for bestowing me with such a great father..
I am really love you ayah.. Love you so much..with all of my heart..
Wishing you for all the happiness in the world...

And this lyric is my special dedication to my beloved ayah...

...YOU RAISE ME UP...

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders

You raise me up...
To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger
Each restless heart beats so imperfectly
But when you come and I am filled with wonder
Sometimes, I think I glimpse eternity

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up...
To more than I can be.

You raise me up...
To more than I can be..

:girl_11:

19 June 2009

♥~Girlz Nite Out~♥


Sudah agak lama sebenarnya tak menjengah ke downtown.. Weekend nite tu memang ade plan nak pegi sana ngan Fanna.. tapi rasa cam malas pulak.. al maklum la kalu dah weekend tu memang sesak downtown tu..


So misi aku kali ni nak p cari inner and belt.. nak belt besaq ala-ala cam Fara Fauzana pakai tu.. tapi tak de plak.. bukan rezeki aku.. So dapat inner je pun dah memadai la.. Next time cari lagi belt tu.. huhuhu~!
After dah penat-penat pusing cari belt..nah..ini masa yang Kak Umai tunggu... Makan time~~!!! Seperti biasa... kalau dah datang downtown memang tak de makanan laen yang di cari.. Memang ini je laa... Tttaaarrraaa~~!!



Downtown's Steamboat~~!! Jom makan sesama... (pelawa pi laa..kang kata makan sowang plak)



Aaaaiiii.. dah lewat dah kot ni.. mak selalu kata.. 'anak dara tak elok balik umah lewat-lewat malam'.. Sori mak.. kejadian yang kadang-kadang memang di sengajakan.. hahahaha~! Jom la balik.. Esok bangun lewat plak p keja..



Eisz Akmar ~ arrived at home on 1.08 a.m
Eisz Akmar ~ Signing Off


:girl_5:

17 June 2009

♥~Let's Hang Out~♥

After two weeks my Fanna leaving me.. and now she came back to me.. hehehe~! Miss u so much Sis.. Very much~! By the way... thanks Fan for this cutest 'ole-ole'...

So... Let's hang out again... Nak ke mana ek?? Kita ke sini je la... Jaya Jusco Cheras Selatan (Balakong)...


Seperti biasa.. Kalu dah sampai sini mesti la nak nengok movie.. tapi takde cite yang latest pun.. So tgk je la yang ni.. 17 again~!


Nasib baek cite ni ok jugak..tak la haprak sangat.. pada aku best jugak laa.. tak la bosan pun.. Cerita ni pasal...

A former high school basketball star gets a second shot at life when he's miraculously transformed into a teenager and offered the opportunity to redefine his future. Back in 1989, Mike O' Donnell (Matthew Perry) had it all; not only was the seventeen year old senior the king of the basketball court, but college scouts were circling as well. But just as Mike's future began to glow brighter than ever before, he sacrificed everything in order to stay by his expectant girlfriend Scarlett and be a good father. Nearly twenty years later Mike has just been passed over for a big promotion at work, his marriage is failing, and his teenage kids can't stand him. His dreams long gone and his family falling apart, Mike takes to staying with his best friend Ned (Thomas Lennon), a former high school geek turned techno billionaire. Then, seemingly out of nowhere, Mike is transported back into his teenage body and given the given the unique opportunity to relive his salad days.



So.. After watching 17 again.. Now let's lepaking at Nazrin Bistro.. Lepak until 3.00 am.. hehehehe~!



Thanks Fan coz spend ur time with me.. Luv u dear~!
:girl_9:

16 June 2009

♥~Bapak...Anak...dan Murai~♥



hehehehehe....klako sungguh budak nih... DAH CAKAP MANYAK KALI DAH!!!!DIAM..DIAM..DIAM!!!!*****grab from umai sarah... Thanks Sis...*****

@kakros01

13 June 2009

♥~ Pangkor... Here I Come ~♥

Setiap awal bulan memang minggu yang amat memenatkan untuk aku.. dimana aku terpaksa siapkan ratusan invoice claim.. ditambahkan pulak dengan management yang memang mengada-ngada sejak akhir-akhir ni.. makin kusut otak aku.. bab keja banyak tu aku tak la kisah sangat.. dah memang namanya keje.. tapi bila bab management yg mengada-ngada ni memang sakit jugak hati aku.. rasa nak bagi notis 24jam pun ada gak kadang-kadang.. hehehe~! So.. aku tinggalkan semua keje aku yang belom siap tu and do it something to release my tension.. emm... tapi nak ke mana ek??? emm... apa kata kalau kita keeerrrr....

There is.... Pangkor~~! Here i come~~!

oooyyeeaaahh~~! Best jugak bole lepak-lepak kat sini.. tapi panas sangat dowh kat sini.. kalu sedikit mendung dan berangin kan best.. tapi jangan la pulak hujan.. kalu hujan satu apa pun tak boleh buat.. hehehe~!

Ade something yang jadi kat sana sebenarnya sampaikan buat aku serik jap nak mandi kat laut.. Masa petang lepas asar.. aku dan famili turun ke Telok Nipah.. dengan harapan nak tengok matahari terbenam laa.. aku ni dah tau ombak petang tu kuat tapi ngada jugak nak jalan-jalan kat gigi air.. Pastu datang satu ombak kuat.. aku kuatkan kaki aku untuk menahan.. kemudian datang lagi satu ombak.. aku dah tak dapat tahan dan terduduk kat situ.. aku try bangun tapi satu lagi ombak datang dan aku dapat rasa macam aku di tarik ke dalam air.. aku try panggil kakak aku tapi dia plak ngah tarik anak sedara aku yang hampir terhanyut jugak.. nah..teguk demi teguk la air masin tu masuk lam mulut aku.. cit~! tapi tak la serius sangat pun.. nasib baek aku tak terus di tarik ke tengah laut.. kalu tak ramai-ramai la bacakan Yassin untuk aku ek.. hehehe~!
So.. disebabkan itu.. dah takde dah aktiviti kitorang kat pantai...hehehe~! masa-masa yang ada cuma dihabiskan dengan shopping.. makan-makan.. mandi kat pool.. nasib baek kitorang pegi sana tak lama.. kalu tak... rugi je masa yang ada tu.. huhuhu~! Tapi pape pun..i really enjoy having my family by my side.. Love all of u so much~!


Now...dah sampai masa untuk balik.. Keesokkannya aku akan balik KL... menyiapkan keje mana-mana yang belom siap.. huh~! bosannya nak balik KL... aaaarrggghhh~~!!!!


P/S : kalau korang pegi pangkor..then nak makan ikan bakar.. aku sarankan jangan makan dekat restoren depan pangkor bayview resort..kenapa?? sebab ikan bakar dia langsung tak sedap.. pulak tu korang kena tunggu dalam jangkamasa yang lama walaupun dorang tak ramai customer... melampau betol~! kalu kena tunggu lama tapi sedap takpe jugak~!

:girl_13:

07 June 2009

♥~ Lyric Of The Week - Hey Ladies ~♥

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu
Ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

02 June 2009

♥~Hope This Friendship Will Last Forever~♥

:girl_9:Let's me introduce you to my bestie..



Her name is Farhanah Abdul Malek n i called her Fanna.. Fanna is such a great friend...and i really enjoy having her by my side..

Meh aku cerita sket pasal friendship kitorang... Aku kenal dia bulan julai 2005.. Masa tu aku masuk belajar kat KPM Melaka.. Masa Sem 1 aku memang satu kelas ngan Fanna..tapi just tegur2 camtu jer.. and start rapat pun hujung sem 1 jugak la bila Fanna ada krisis ngan kawan dia.. So rajin la dia datang melepak kat bilik aku masa tu.. Bila Fanna datang bilik aku memang aku mengalu-alukan kedatangan dia.. Tapi bila aku ada homework nak kena buat or nak kena setelkan assignment aku memang jadi manusia yang agak pendiam.. So kadang2 tak terlayan Fanna ni.. hehehe~!

Masa sem 2.. Aku tak ingat la aku sama kelas ke tak dengan Fanna.. Tapi time ni kitorang dah tak close sangat dah.. tak tau kenapa.. mungkin sebab jarang jumpa sebab tak sama kelas and jadual asyik clash je kot.. Aku tak ingat laa.. Tapi agaknya camtu.. Penin gak aku nak ingat balik ni.. hehehehe~! Tapi walaupun jarang jumpa masa sem 2 tu aku tetap tau ape yg jadi kat dia.. also know masalah ape yang dia hadapi.. aku mungkin la bukan kaunselor yang baek.. tapi nak bagi pendapat sket2 bole laa... huhuhu~!

Masa sem 3 & 4... Fanna become as my roomate...and my classmate too... Tapi hidup aku sangat busy masa sem ni..banyak assignment and paperwork yang nak kena buat.. memang agak kelam kabut hidup.. Masa ni aku asyik pikir je bila aku nak habis belajar.. Bosan dah hidup aku dengan assignment semua tu.. Mana nak pikir ngan due date dah dekat.. Pastu dengan partner assignment punya perangai lagi... bosan~! bosan~! bosan~! eh...entry kali ni aku nak cerita bout Fanna sebenarnya.. Tapi pegi menyelit plak cerita aku.. emm.. tak pe laa... ni kan blog aku.. suka hati aku laa.. hahahahah~! (gelak jahat) GrinStickingOutTongue

Sem 5~! Final Sem~! aku duduk kat luar sem ni.. Best bole jadi outsider.. Dah tak payah aku ikut peraturan yang merimaskan tu.. Dah tak payah dengar annoucement malam2 lagi.. hahahaha~! Sem ni aku sewa umah kat Taman Cempaka.. and again..Fanna become my roomate and housemate too... Masa ni kitorang sewa 4 org.. aku, fanna, kak Led and kak huda... ok laa... best jugak la umah tu kecuali katak yg annoying suka dok kaco idup aku tu je laa... and know what? masa exam week aku gado besar ngan Fanna.. Salahnya semesti la berpunca daripada aku yang tak tau nak pikir ape yang dia nak.. emm..aku bukan seorang kawan yang baek laa untuk dia.. sampaikan Fanna keluar pegi tido umah Mieza pun aku tak larang..

Masa tu aku demam campak.. So aku dapat MC seminggu dan kebetulan jugak masa tu lagi 3 hari aku punya last paper.. tak silap aku paper Pengajian Malaysia.. So tanpa pikir panjang aku paksa diri aku naek bas balik KL.. Walaupun keadaan badan aku yang gatal2 and lenguh2 tu tak mengizinkan sangat pun untuk aku buat camtu.. huhuhu~!

Tiga hari lepas tu.. akak aku hantar aku pegi melaka untuk amek paper pengajian malaysia.. tak ramai pun kat kolej yang tau aku chicken pox sebab kat muka aku campak tak sempat naek sebab aku sempat makan ubat 'Virless' untuk matikan campak tu.. tapi badan still gatal2 la sebab kat badan dah banyak yang naik.. masa masuk hall.. aku nampak Fanna.. tapi ego aku halang aku untuk tegur dia apatah lagi say sorry.. sebab masa tu mungkin la aku pikir ape aku buat tu betul.. so untuk apa aku yang kena mintak maaf.. Tu la manusia kan.. Kadang-kadang asyik pikir diri sendiri je betul.. and orang lain je salah...

2008.. aku dah tak jumpa Fanna lagi.. sebab sem 6 adalah sem praktikal.. aku praktikal kat kedah.. Tapi masa tu aku still contact ngan Ledwina.. still sms each other.. still calling2.. tapi dengan Fanna? Langsung aku tak contact.. ala macam korang jugak laa.. takkan korang nak contact dengan orang yang korang dah gado kan? buang tabiat ke ape.. hehehehe~! masa konvokesyen kat putrajaya pun aku nampak dia.. tapi aku saja2 buat tak nampak.. (sori ya Fan) ..

2009..on Mac aku start contact dia balik.. masa tu arwah nik haziah dimasukkan ke wad ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan.. aku cuma call Fanna nak inform pasal benda tu.. and start dari peristiwa tu kitorang start contact balik sampai sekarang.. become close again...and more closer than before.. and now.. i love her so much too than before.. Kadang2 bila benda2 macam ni jadi ada hikmah jugak laa.. bila berbaik balik.. aku try untuk jadi kawan yang lebih baik berbanding sebelumnya.. and sendiri tau macam mana nak jaga relationship tu.. Supaya benda yang sama tak kan terjadi lagi..

Fanna.. i'm really wanna say sorry for the past mistakes that i've done n also current mistakes if there any.. takde sedikit pun niat di hati nak buat macam tu masa tu .. mungkin tu kelewaan yang tak di sengajakan.. really sori Fan..

Weaknesses in ourselves is something to complete ourselves.. with all hope that u have given to me i will always try to upgrade our frendship.. Making our frendship from nice to nicer to perfect.. InsyaAllah..


I'll make this friendship last coz i really do luv you..



:girl_4::girl_4: