background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 July 2012

::Nilai Sebutir Nasi::




Masa kecik-kecik dulu
mak ayah kita selalu didik kita...
"Kakcik, habiskan nasi tu..nanti menangis dia..kesian kat dia kalau tak habiskan"


Kecik-kecik dulu bila mak cakap camtu kita dengar tapi bila dah besar,
Hmmm...isshh..iisshh..isshh..
Dah-dah, lepas ni jangan suka membazir dah..


Kita kena faham sebutir beras tu ibarat peluh petani..
Kalau kita faham macam tu insyaAllah lepas ni kita akan rasa lebih bertanggungjawab..
Kalau kita tengok kat negara luar tu kadang-kadang sampai tak cukup makanan.
Tapi kita di Malaysia ni dah melimpah ruah kadang-kadang..




Orang tua berkata jangan buang nasi kerana nasi yang terbuang tu menangis.
Sebenarnya kata-kata ini menggalakkan kita supaya jangan membazir walaupun sebutir nasi.
Orang kita kalau makan nasi memang biasa terbuang nasi.
Bukan hanya sebutir nasi 
malah berbutir-butir nasi yang melekat di jari terus dibasuh tangan.
Malah ramai yang membuang bukan sebutir 
tapi sepinggan dan mungkin seperiuk pun ada kerana tak habis makan.


Bayangkan jika setiap orang di Malaysia membuang hanya 3 butir nasi sekali makan.
Rakyat Malaysia pada Julai 2012 ialah 29.4 juta orang menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.


Jika setiap kali seorang membuang setiap kali makan cuma 3 butir nasi,
sudah menjadi 88.2 juta butir nasi.
Ini paling sedikit..
Benarkah orang kita hanya membuang 3 butir nasi setiap kali makan?


Bayangkan dalam 1 kg beras mengandungi 50,000 butir beras.
Jadi dalam 88 200 000 butir nasi di bahagi dengan 50, 000
sudah menjadi 1764 kilo beras terbuang sehari!


1 kilo beras boleh cukup untuk makan seramai 10 orang,
maka 1764 kilo beras boleh memberi makan kepada :
1764 X 10 = 17,640 orang.


Ini untuk sekali makan.
Kebiasaan orang kita makan nasi 2 kali sehari..
Bayangkan…
Sehari boleh menyuap untuk 35,280 orang
Bagaimana kalau sebulan?
Bagaimana kalau setahun?

Oleh itu janganlah membazir walau pun sebutir nasi.
Sebutir nasi sejuta keringat.
Jangan membuang walaupun sebutir nasi!
Mungkin ini antara hikmah Rasulullah SAW mengajar kita menjilat jari selepas makan
supaya sebutir nasi pun tidak membazir.


Wallahualam......

::Kebaikan Menjilat Jari Selepas Makan::


Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan. Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan. Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.”
– Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata,
“Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri.

Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.
Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.

21 July 2012

::Fitrah Emosi::



Berapa ramai orang dalam dunia ni tak pernah bersedih?
99.9% manusia mesti pernah bersedih.


Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah mengalami tahun kesedihan.
Dan adakah Rasulullah suruh kita tahan kesedihan?
Tak!
Rasulullah tak larang sebab kesedihan tu adalah satu fitrah emosi.
Cuma perlu tahu had-hadnya untuk bersedih.


Jadi,
macam mana nak selesaikan masalah?


KEMBALI PADA PENCIPTA.


Dan kata-kata Rasulullah pada Saidina Abu Bakar dalam gua Thur masa peristiwa hijrah,
“La tahzan, innallaha ma’ana.”
-Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita-


Dan fitrahnya, kita ni tetap manusia biasa.
Yang bukan macam komputer.
Select dan delete hal-hal tertentu yang tak diingini 
dan terus empty the recycle bin. DONE!
Tak boleh.
Sebab manusia ni kadang-kadang akan ingat dengan kerapkali apa yang dia mahu lupakan.
Lumrah.


Bila seseorang bersedih,
dia mesti ada tabiat-tabiat tertentu.
Ada yang menangis bawah selimut atau bilik air.
(penatnya nak nangis banyak-banyak! Mata bengkak, kepala sakit, badan dehydrated)
Ada jugak tabiat yang mempengaruh diri sendiri dan orang lain tapi ke arah keburukan.
Contohnya: bila dia sedih, dia pergi jalan-jalan, beli-belah tingkap (window shopping) 
dan ada jugak yang literally shopping.
Habiskan duit sendiri dan mungkin jugak duit orang lain yang dia ajak teman dia pergi jalan-jalan.


Macamana taknak mempengaruhi orang-orang di sekeliling?
SENYUM :)
Senyumlah walau hati kita sedang terluka.
Moga dengan menggembirakan hati orang lain, kita pun turut sama merasa bahagia.





:: Marhaban Ya Ramadhan ::

Sedar tak sedar
pejam celik
akhirnya, kita jumpa lagi dengan bulan Ramadhan
Ramadhan 1433H.

Excited pulak rasanya
biarpun sambut puasa sorang-sorang
sedih..
tapi apa nak buat
dah nasib badan.

Sempena bulan yang penuh barakah ni,
dengan hati yang ikhlas,
saya memohon ampun dan maaf 
andai ada kelakuan dan perbuatan selama ni mengguris hati mana-mana pihak
yang mana termakan dan terpakai, mintak halal.
Semoga Ramadhan kali ni akan lebih berkat dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.
InsyaAllah.