background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

21 September 2012

:: Happy 29th Birthday, My Fiance ::

Dah agak terlambat sebenarnya untuk aku post entri nih..
memang hati nih ada terniat nak post di sini pada tarikh tersebut..
tetapi..
ntah la..
mungkin kekangan masa barangkali :p

By the way...

Happy 29th birthday on 09 September 2012
to my one and only..Mohd Razzaman Ramli..

Semoga awak sentiasa dilimpahkan rahmat Allah
Semoga rezeki awak sentiasa dimurahkan 
Semoga urusan sehari-hari awak sentiasa dipermudahkan Allah
Semoga awak diberikan kesihatan yang baik
dan semoga dipanjangkan umur..



Takder perkataan yang dapat menggambarkan
betapa saya sayang pada awak..
saya bersyukur dengan adanya awak
terima kasih kerana awak sentiasa ada bila saya memerlukan awak
terima kasih kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat ketika saya merasa lemah..

No matter what happens in our lives,
i know that u made my life so much better
and i love u..
i love u with whole of my heart..
i've never love anyone the way i love u..
i've never trusted anyone the way i trust u..

Thanks for everything :)

19 September 2012

:: Majlis Pernikahan ::


Tinggal lagi 1 bulan dan 3 minggu
nerves?taklah..
masa masih panjang..
klau esoknya akad nikah,
maunya harini dupp daapp duup daap jantung ni haa :p

Entri ini dibuat hasil blogwalking
mencari maklumat berkenaan aturcara majlis pernikahan
dengan niat nak membantu bakal suami menghadapi situasi macam ni :)

Majlis pernikahan lebih bersifat kekeluargaan
Semua ahli keluarga terdekat berkumpul untuk meraikan kita pada waktu ni
Jarang sekali ada kawan-kawan turut serta melainkan yang betul-betul rapat dengan kita

Masa ni, setkan siap-siap tentang aturcara yang akan berlaku
Lepas ni buat apa, lepas tu apa
Lagi bagus, dah siap catat awal-awal dan dijelaskan kepada ahli keluarga terdekat
Takderlah nanti mak kamu cakap gini,
kakak kamu pulak suruh buat gitu,
Makcik-makcik pulak tiba-tiba masuk campur sekali masa majlis nanti
Kamu jugak yang tension. Tak tahu nak ikut cakap siapa.

Memang pening dan stress,ok!

Cukup-cukuplah stress masa buat persiapan.
Masa hari kejadian, kita nak jugak rasa bahagia dan gembira, kan?
Dah lah nak kena control cun sepanjang masa.
Jadi, kena lah jadi sedikit teliti dalam hal yang sesetengah orang anggap remeh ni.


Sebelum Akad Nikah :

1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.
Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?

2. Sediakan IC / kad pengenalan.
Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.

3. Duit upah.
Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.

4. Senyum! Senyum! Senyum!
Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.

Semasa  Akad Nikah :

1. Khutbah nikah
Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia  :p

2. Bacaan taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la. 

3. Solat lepas nikah.
Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah.

Selepas Akad Nikah :

1. Penyerahan mas kahwin
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.

2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takderla sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p


3. Bersalaman + cium tangan suami.
Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.

4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konon macam diorang yang suruh la. Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.
Cara-caranya? Sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p

5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.

Itulah kot serba sedikit hasil pembacaan aku tentang aturcara majlis pernikahan.
Nampak macam remeh, tapi kalau tak kena gaya, boleh jadik isu jugak nanti.
Yang penting,
majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)

07 August 2012

:: Hati Wanita ::





Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya.



Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu,
Janganlah mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya..

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan kerana dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya..

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!




05 August 2012

:: Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus ::



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, …
tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

29 July 2012

::Nilai Sebutir Nasi::




Masa kecik-kecik dulu
mak ayah kita selalu didik kita...
"Kakcik, habiskan nasi tu..nanti menangis dia..kesian kat dia kalau tak habiskan"


Kecik-kecik dulu bila mak cakap camtu kita dengar tapi bila dah besar,
Hmmm...isshh..iisshh..isshh..
Dah-dah, lepas ni jangan suka membazir dah..


Kita kena faham sebutir beras tu ibarat peluh petani..
Kalau kita faham macam tu insyaAllah lepas ni kita akan rasa lebih bertanggungjawab..
Kalau kita tengok kat negara luar tu kadang-kadang sampai tak cukup makanan.
Tapi kita di Malaysia ni dah melimpah ruah kadang-kadang..




Orang tua berkata jangan buang nasi kerana nasi yang terbuang tu menangis.
Sebenarnya kata-kata ini menggalakkan kita supaya jangan membazir walaupun sebutir nasi.
Orang kita kalau makan nasi memang biasa terbuang nasi.
Bukan hanya sebutir nasi 
malah berbutir-butir nasi yang melekat di jari terus dibasuh tangan.
Malah ramai yang membuang bukan sebutir 
tapi sepinggan dan mungkin seperiuk pun ada kerana tak habis makan.


Bayangkan jika setiap orang di Malaysia membuang hanya 3 butir nasi sekali makan.
Rakyat Malaysia pada Julai 2012 ialah 29.4 juta orang menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.


Jika setiap kali seorang membuang setiap kali makan cuma 3 butir nasi,
sudah menjadi 88.2 juta butir nasi.
Ini paling sedikit..
Benarkah orang kita hanya membuang 3 butir nasi setiap kali makan?


Bayangkan dalam 1 kg beras mengandungi 50,000 butir beras.
Jadi dalam 88 200 000 butir nasi di bahagi dengan 50, 000
sudah menjadi 1764 kilo beras terbuang sehari!


1 kilo beras boleh cukup untuk makan seramai 10 orang,
maka 1764 kilo beras boleh memberi makan kepada :
1764 X 10 = 17,640 orang.


Ini untuk sekali makan.
Kebiasaan orang kita makan nasi 2 kali sehari..
Bayangkan…
Sehari boleh menyuap untuk 35,280 orang
Bagaimana kalau sebulan?
Bagaimana kalau setahun?

Oleh itu janganlah membazir walau pun sebutir nasi.
Sebutir nasi sejuta keringat.
Jangan membuang walaupun sebutir nasi!
Mungkin ini antara hikmah Rasulullah SAW mengajar kita menjilat jari selepas makan
supaya sebutir nasi pun tidak membazir.


Wallahualam......

::Kebaikan Menjilat Jari Selepas Makan::


Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan. Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.

Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan. Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu. Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.”
– Shahih Muslim; 2035.

Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata,
“Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”

Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.

Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.

Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri.

Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.
Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.

Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.

21 July 2012

::Fitrah Emosi::



Berapa ramai orang dalam dunia ni tak pernah bersedih?
99.9% manusia mesti pernah bersedih.


Sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri pun pernah mengalami tahun kesedihan.
Dan adakah Rasulullah suruh kita tahan kesedihan?
Tak!
Rasulullah tak larang sebab kesedihan tu adalah satu fitrah emosi.
Cuma perlu tahu had-hadnya untuk bersedih.


Jadi,
macam mana nak selesaikan masalah?


KEMBALI PADA PENCIPTA.


Dan kata-kata Rasulullah pada Saidina Abu Bakar dalam gua Thur masa peristiwa hijrah,
“La tahzan, innallaha ma’ana.”
-Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita-


Dan fitrahnya, kita ni tetap manusia biasa.
Yang bukan macam komputer.
Select dan delete hal-hal tertentu yang tak diingini 
dan terus empty the recycle bin. DONE!
Tak boleh.
Sebab manusia ni kadang-kadang akan ingat dengan kerapkali apa yang dia mahu lupakan.
Lumrah.


Bila seseorang bersedih,
dia mesti ada tabiat-tabiat tertentu.
Ada yang menangis bawah selimut atau bilik air.
(penatnya nak nangis banyak-banyak! Mata bengkak, kepala sakit, badan dehydrated)
Ada jugak tabiat yang mempengaruh diri sendiri dan orang lain tapi ke arah keburukan.
Contohnya: bila dia sedih, dia pergi jalan-jalan, beli-belah tingkap (window shopping) 
dan ada jugak yang literally shopping.
Habiskan duit sendiri dan mungkin jugak duit orang lain yang dia ajak teman dia pergi jalan-jalan.


Macamana taknak mempengaruhi orang-orang di sekeliling?
SENYUM :)
Senyumlah walau hati kita sedang terluka.
Moga dengan menggembirakan hati orang lain, kita pun turut sama merasa bahagia.





:: Marhaban Ya Ramadhan ::

Sedar tak sedar
pejam celik
akhirnya, kita jumpa lagi dengan bulan Ramadhan
Ramadhan 1433H.

Excited pulak rasanya
biarpun sambut puasa sorang-sorang
sedih..
tapi apa nak buat
dah nasib badan.

Sempena bulan yang penuh barakah ni,
dengan hati yang ikhlas,
saya memohon ampun dan maaf 
andai ada kelakuan dan perbuatan selama ni mengguris hati mana-mana pihak
yang mana termakan dan terpakai, mintak halal.
Semoga Ramadhan kali ni akan lebih berkat dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.
InsyaAllah.





09 June 2012

:: Akukah Punching Bag Itu? ::

Aku taktau apa tajuk yang patut aku letak..
selepas berhabis pikir
itulah tajuk yang terbaik..

Hmmmm..

Aku faham rasa sakit kamu-kamu
aku faham rasa sengsara kamu-kamu
aku faham betapa terlukanya kamu-kamu
aku faham betapa kecewanya kamu-kamu..
aku faham...
aku faham...
aku faham...

Aku rela menjadi tempat kamu-kamu meluahkan rasa amarah..
andai itu mampu membuat kamu-kamu merasa lega
dan setelah aku mendengar semua luahan itu, akhirnya...
aku jugaklah akan menjadi tempat kamu-kamu melampiaskan rasa marah itu..

Tak apa..
aku terima semua itu..
marahlah aku sesuka hatimu..
makilah aku mengikut hatimu..
akanku telan semua itu dengan sabar..

akukan manusia yang tak berperasaan :)

walau hakikatnya
aku jugak manusia seperti kamu-kamu yang mempunyai hati untuk dijaga..

Buatlah apa sahaja mengikut kehendak hatimu..

Akukah punching bag itu?
Ya..memang aku..

Namun..
Andai dengan menjadi punching bag itu
mampu membuatkan kau tenang,
AKU SANGGUP!

Andai dengan menjadi punching bag itu
mampu mengembalikan tawamu,
AKU SANGGUP!

Andai dengan menjadi punching bag itu
mampu membuatkan kau puas,
AKU SANGGUP!

Andai dengan menjadi punching bag itu
mampu membuatkan kau puas,
AKU SANGGUP!

Pukullah aku..
Tumbuklah aku..
Sepak terajanglah aku..
Buatlah apa sahaja sehingga puas hatimu..

Aku rela...

Akukan manusia yang tak berperasaan :)

Namun andai semua itu masih belum mampu membuatkan kamu-kamu tenang dan puas
makanya...
ambil pisau dan tikamlah aku..
tikamlah sehingga terburai segala usus..
aku izinkan..


25 May 2012

:: Disebalik Ujian Dari Allah ::


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[Surah Al Baqarah:286]

Ini janji Allah..
Sebagai seorang islam, kita wajib meyakini janji Allah..

Untuk apa ujian itu?
Sebab Allah tak sayang kita? 
Tak!
Sebab Allah sayang kita..
Allah nak kita jadi lebih kuat..
Allah tak uji orang yang Dia tak sayang..
Kalau Allah tak sayang kita, Dia akan biarkan jer kita..
Dia tak akan hiraukan kita..
Dan Allah yakin kita boleh hadapi ujian ni..
Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan kita untuk terima ujian ni..
Adakah kita akan salahkan Dia? 

Bila kita susah apabila diuji baru kita akan ingat Allah
Manusia memang macam tu dan aku pun tak terkecuali..
Tapi memang tu antara kelemahan kita..
Sebab tu Allah datangkan ujian,
supaya kita lebih dekat kepadaNya..

Solat..
Puasa..
Keluarkan zakat..
Dan melakukan benda-benda wajib..
Itu bukanlah tanda kita seorang muslim yang baik..
Itu adalah kewajipan kita!
Seorang muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya..
Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan...
Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[Surah Al Baqarah:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk kita lebih dekat denganNya..
Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu..
Kalau kita redha, insyaAllah kita akan lebih dekat denganNya..

Tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat menerimanya, 
maka jadilah sebaliknya..
Kita akan menyalahkan takdir..
Kita rasa hilang percaya kepada Allah..
Dan kita akan makin jauh denganNya..Nauzubillah..

Setiap orang ada cerita mereka tersendiri..
Ambillah pengajaran dari setiap apa yang dah berlaku..

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[Surah ar-Ra'd:39]

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[Surah Al-Insyirah:5-6]

Yakinlah!
Disebalik setiap kesulitan pasti akan ada kemudahan..
Mungkin di awal-awal kesulitan, belum datang pertolongan atau jalan keluar..
Namun ketika kesulitan semakin memuncak, maka setelah itu datanglah kemudahan..
Kenapa ea?
Sebab kita pasrah dan tawakal..
Sekaligus menyerahkan seluruhnya pada Allah..

Kuncinya adalah sabar..
Bukannya mengeluh dan berkeluh kesah..






18 May 2012

:: Surah al-Baqarah ::



Aku suka dua ayat nih..


Surah Al Baqarah:216 - 
“. . .  Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. "
    Surah al Baqarah:286 -
    ". . . Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."
Ayat yang mampu meredakan keresahan hati..
ayat yang meenyedarkan kita bahawa pilihan kita penuh dengan cabaran..


Adakalanya apa yang kita suka bukanlah yang terbaik untuk kita..
logik manusia merasakan ia manis..
tapi logik Allah menyusun keadaan sebaliknya..


Hiduplah kita dengan rasa bertuhan.
ubati diri dengan bantuan Allah. 

    Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar dalam apa jua keadaan..
    Amin.

15 May 2012

:: Mencari Sebuah Kesempurnaan ::

Aku tak sempurna..
aku cuba sedaya mungkin untuk menjadi sempurna..
tapi akhirnya..
aku penat untuk menjadi sempurna..

Penat!
Letih!
Lelah!
Lemah!

Lemah setelah usaha demi usaha
namun masih tidak menampakkan hasil..

Dulu aku yakin,
setiap usaha mesti akan ada hasil dan
semakin gigih kita berusaha, semakin banyak hasilnya..

Tapi kenapa semua tu tak memihak kepada aku?
masih tak cukupkah apa yang aku usahakan?
usaha macamana lagi harus aku usahakan Ya Allah?
Tunjukkan aku jalan Ya Allah..

Aku tak boleh menjadi selemah ini..
aku harus bangkit..
aku wajib memaksa diri..

Aku mahu menjadi yang paling sempurna..
yang paling sempurna untuk mereka-mereka 
aku tak mahu menghampakan harapan mereka-mereka..

Permudahkanlah segala usaha aku Ya Allah..







13 January 2012

:: 'Baru kahwin sudah bosan?' ::

Yeahh! Friday!
inilah harinya untuk bermalas-malasan di rumah
hari untuk bangun tido lambat..oppss!
dan hari untuk setelkan keja-keja rumah..

Tadi aku tertengok Wanita Hari Ini kat tv3
aku tak suka sangat sebenarnya nak tengok talk show macam tu
macam tak kena dengan jiwa aku yang tak berapa muda ni
tapi ntah cemana tadi topik hari ni macam menarik minat aku untuk tengok..

Topiknya,
'Baru kahwin sudah bosan!'
Perihal rumahtangga bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.
Kehidupan yang dijanjikan kebahagiaan
namun adakalanya mengundang kebosanan dalam pelbagai segi kehidupan.

Sebenarnya..
aku tak tertarik sangat dengan topik tu pun
tapi aku tertarik dengan kata-kata tetamu undangan
dan mungkin bole diguna pakai untuk masa masa akan datang :p
tetamu undangannya Fauzi Nawawi dan Lisdawati..
di bawah ni antara ayat yang melekat sikit kat kepala aku..

  • Jangan letak protokol.
maksudnya..
jangan lar cakap " i tak suka lar kalau u buat tu buat ni..like this like that and bla..bla..bla.."
jangan! nanti semua tu boleh jadi isu dalam rumahtangga.
hadapi jer semua tu.
jangan merungut sangat.
but..tell him slowly :)

  • Bercinta seperti lesen yang perlu diperbaharui
maksudnya..
kena lar selalu buat perubahan dalam perhubungan.
perubahan yang positif ok!
baru lar rumahtangga tak statik macam tu jer
dan kekadang perlu juga buat kejutan untuk pasangan
baru lar rumahtangga tak hambar :)

  • Selalu lah melayan pasangan seperti pasangan yang baru bercinta
maksudnya..
Layan lar pasangan sepertimana sebelum kita kawen.
contohnya kalau masa bercinta kita bole pegi tengok wayang,
so walaupun dah kawen cari lar sedikit masa untuk buat semua tu
jangan lar asyik beli dvd then tengok kat umah jer..
takmo! takmo! :)

  • Matang hadapi setiap pertelingkahan
maksudnya..
dalam rumahtangga kita tu mesti akan ada pertelingkahan..
bezanya kecik atau besar jer..
kita kena matang dan tenang hadapi semua tu..
jangan cepat melatah..
jangan terlalu beremosi..
kita dengan adik beradik kita pun kekadang kita bergaduh jugak kan?
walaupun kita kenal diaorang dari kecik.
ini kan pulak pasangan kita yang kita kenal bila dah dewasa
mesti lar akan ada sesetengah benda kita tak puas hati..kan?
bertolak ansur la ea.. :)

Hurmm..itu jer yang melekat kat kepala dan hati aku..
yang lelain semuanya dah terbang di bawa angin..

Kesimpulannya..
  1. Terima setiap kelemahan dan kekurangan pasangan
  2. Matang dan tenang hadapi setiap masalah
  3. Jangan terbawa-bawa dengan emosi
  4. Hormat hati dan perasaan pasangan
  5. Setiap perkara perlu berbincang dan dipersetujui bersama
  6. Jangan banding-bandingkan pasangan anda dengan orang lain
  7. Jangan curang ok! 



:: Girls Dream ::



Quote di atas aku ambil dari facebook
tapi aku tak pasti dari mana aku cedok
mungkin dari Quote of Advice or
mungkin from Book Of Quote..

Nampak macam sikit keja giler sikit kalau betul-betul buat seperti quote tu..
hey! 3am tu masa orang-orang tido lena berulit mimpi tau..
takder masa lar nak berdiri di luar tingkap semua tu..
kan??

But i'm thinking
kalau it's really happen
oh! so sweet!

Tapi tak perlu lar sampai outside of my window
outside of my gate pun dah lebih dari memadai kot..
hehehehe :p

I'm always thinking
kekadang keja-keja giler tu penting jugak tau
sebabnyer
setiap memori tu kita akan bawa sepanjang hayat
am i right?

So..
just do it! 

08 January 2012

:: Luahan dari hati lalu turun ke jari ::

Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir..
jadi kita sepatutnya guna apa yang dikurniakan itu sebaiknya
sebagai tanda menghargai apa yang dikurniakan..

Erm..betul ke ayat aku ni?
mungkin nampak sedikit tunggang terbalik..
biarkan..
sebab ini adalah luahan terus dari hati lalu turun ke jari untuk di taip..

Kebiasaanya apa-apa entri,
sudah menjadi satu kewajipan untuk aku edit setiap sususan ayat
agar mudah difahami mereka mereka yang membaca..
sambung.

kekadang
aku selalu jadi 'down' bila aku berfikir terlalu banyak dan mendalam
kerana semakin dalam aku berfikir,
seperti semakin sukar untuk aku cari jawapan untuk setiap persoalan..

kenapa mesti macam tu eh?
is it normal?
atau ini dipanggil emosi yang tidak stabil?

ntah la..
dan seperti kebiasaannya jugak,
aku akan terus biarkan soalan demi soalan itu berlegar tanpa penyelesaian
mungkin itu yang terbaik..
terbaik untuk aku..
mungkin bukan penyelesaian terbaik untuk orang lain..

01 January 2012

:: Selamat Datang 2012 ::



Secara rasminya ini adalah entri pertama aku pada tahun 2012
teruja?
sikit lar..

Tanpa sedar kita sedang melangkah ke tahun baru
cepat betul masa berlalu..
terasa seperti masih di pertengahan 2011
masa bergerak terlalu pantas..
aku jer yang tak pantas pantas
sebab tu kot terasa seperti masih di 2011..

Hari ni 01.01.2012
ya..
2012..

Selamat datang 2012
Selamat tinggal 2011

Bila tahun baru bermaksud umur kita jugak meningkat..
juga bermaksud corak pemikiran kita juga sepatutnya berubah menjadi semakin matang
jangan umur meningkat tapi perangai tetap macam budak-budak..
sangat tak cool ok !
berubahlah :)

Apa azam aku?
aku sebenarnya malas nak berazam apa-apa pun..
sebabnya tak pernah pun tercapai azam aku
kalau buat pun  sampai tengah jalan jer la
lepas tu azam ke mana aku pun kemana..hmmm..

Jadi tahun ni aku taknak berazam apa-apa
cumanya..
aku akan berusaha perbaiki setiap kelemahan dan kekurangan pada diri aku dan
aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk semua orang..
InsyaAllah..

Kurus pada 2012?
ya aku nak kuruskan badan.
haaa..yang ni memang azam aku setiap tahun
tapi sampai hari ni pun tetap gemuk tak kurus-kurus
cemana nih?
apa nak buat..
dah nasib badan..hmmm
teruskan usaha eisz..
takmo frust-frust ok !

Kawin pada 2012?
InsyaAllah..
Kita hanya mampu merancang..
Tapi Allah penentunya..

Aku juga sedang berusaha supaya tak terlalu boros pada tahun ni..
ntah la..
aku ni kekadang ada penyakit rambang mata sikit
asyik nak beli baju..
asyik nak beli seluar..
asyik nak beli kasut..
kadang-kadang ada baju yang tak terpakai lagi
tapi aku dah tambah lagi yang baru..
itu membazir ok !
tolong kawal diri eisz !

Apa-apa pun aku sentiasa berharap
2012 lebih bersinar berbanding 2011
2012 akan diiringi dengan senyuman sepanjang tahun
2012 menjadi titik permulaan penghijrahan aku
2012 sentiasa membawa kebahagiaan kepada aku

Semoga Allah permudahkan semuanya..
Amin..