background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

25 May 2009

♥~ Lyric of the Week~♥

~ RINDU TERHENTI~
Telah Ku Tinggalkan
Memori Silamku Itu
Tidak Ku Biarkan
Hidupku Dibelit Pilu
Walau Duka Menampar Dada
Walau Sepi Mencalar Hati
Rinduku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Merundung Kalbuku
Kasih Dulu Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padam Nyala Patah Tumbuh
Hilang Kan Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Yang Azali Ku Nanti

Ku Lupakan Mu Jua Disini
Rinduku Terhenti
Sejak Kau Pergi Menjauhi
Rinduku Terhenti

23 May 2009

♥~Sahabat+Teman+Kawan = Something To Remember~♥

Kenangan~~! pahit atau manis tiap kenangan yg kita ada..ia tetap dipanggil kenangan..right? walaupun kadang2 hidup kita ni tak lari dari dihantui kenangan pahit yg tak mampu kita lupakan coz too hurt...tapi jangan kita lupa...kita masih ada kenangan manis yg lebih baik untuk dikenang...Sometimes God wants us to meet a few wrong people before meeting the right one..so that when we finally meet the right person..we will know how to be grateful..don't waste your time on someone who isn't willing to waste their time on you..

Xtau la nape arini aku teringat kenangan belajar di melaka melebihi hari-hari biasa..cam terbayang-bayang je suma kenangan kat depan mata aku nie..rindu kenangan masa blaja kat KPM dulu..rindu kat sumanya...Kalu dulu aku la antara owg yg x sabar bak abeskan study kat Melaka..macam-macam aku merungut..tak tahan...melaka bosan...melaka panas..xde tmpt nak jenjalan..at last tempat tu jugak yg melekat kat hati aku ni..


Manusia..xpenah nak hargai apa yg ada kat depan mata..bila dah xde mula la asyik teringat2 je…huhuhu~~! Ingat lagi dulu…kalu xde pape aktiviti weekend night kitorang akan pegi melepak kat jonker walk..tgk show cina ntah pape yg kitorang sendiri x paham..tapi leh gak layan tu...(hahahaha~!)..

Pastu everyday kalu class start lambat n ade gap aku ngan Ledwina la antara owg yg melepak kat bangunan mara..pegi cari soto…xpenah bosan…bukan yg laen xpenah join kitorang g makan soto..selalu jugak Fanna join..tapi Fanna bukan penggemar makanan yg pedas2..so tak la dia obses cam kitorang ni..heheheh~~! but still love u Fan...

Rindu jugak kat rumah sewa kat taman cempaka tu..walaupun ada kenangan pahit yg jadi kat situ tapi takkan mampu padam suma kenangan2 manis aku..kat umah tu Cuma ada 4 owg..aku, ledwina,fanna n kak huda..Slalu jugak member2 yang laen datang lepak bila dorang free..Slalunya yg datang Yan, arwah Nik,kak Eja,piqa,kak miyah..and sapa2 lagi ntah…x ingat aku..hehehe~~! satu hal lagi sal umah tu..anak katak selalu sgt masuk..agaknya sekarang dorang masuk lagi x umah tu ek?ingat lagi dulu…nangis-nangis aku lam toilet semata-mata katak tu wat roadblock kat depan pintu..gila tul katak tu..katak tu dah tau aku takut kat dia tapi saje je nak kaco idup aku..nasib baek ade ledwina..tukang tangkap katak aku yg sejati..hahahah~~! Love u Led..

Dulu...masa aku belajar kat KPM..aku ngan dayang pernah ade krisis..cam x caya lak aku leh gado ngan dia..padahal dia la antara owg yg aku sayang..tapi tu la..suma tu merapatkan lagi sbnrnya..lama gak kitorang ade krisis…lam 3 - 4 bulan camtu..masa tu meon (nama timangan utk eddy syahril..hahahah~!) la yg sibuk2 nak satukan kitorang..akhirnya bersatu jugak..tapi bukan atas pertolongan meon pun..nyibuk je dia tu..


Hhurrm~~! and now...hampir setahun setengah aku tinggalkan KPM...semua orang dah membawa haluan masing..untuk selalu jumpa pun dah tak sempat..memasing sudah ada komitment laen...but still trying to meet all of u frenz....Love all of u~! miss ya~~!

21 May 2009

♥~ Istilah Boss dan Pekerja ~♥
Bila boss tetap pada pendapatnya,
itu bererti beliau konsisten.
Bila staff tetap pada pendapatnya,
itu bererti dia keras kepala!

Bila boss berubah-ubah pendapat,
itu bererti beliau fleksibel.
Bila staff berubah-ubah pendapat,
itu bererti dia plin-plan!

Bila boss bekerja lambat,
itu bererti beliau teliti.
Bila staff bekerja lambat
itu bererti dia tidak 'perform'!

Bila boss bekerja cepat,
itu bererti beliau 'smart'.
Bila staff bekerja cepat,
itu bererti dia terburu-buru !

Bila boss lambat memutuskan,
itu bererti beliau hati-hati.
Bila staff lambat memutuskan,
itu bererti dia 'telmi'!

Bila boss mengambil keputusan cepat,
itu bererti beliau berani mengambil keputusan.
Bila staff mengambil keputusan cepat,
itu bererti dia gelabah!

Bila boss terlalu berani ambil risiko,
itu bererti beliau risk-taking.
Bila staff terlalu berani ambil risiko,
itu bererti dia sembrono!

Bila boss tidak berani ambil risiko,
itu bererti beliau 'prudent'.
Bila staff tidak berani ambil risiko,
itu bererti dia tidak berjiwa bisnes!

Bila boss mem-by pass prosedur,
itu bererti beliau proaktif-inovatif.
Bila staff mem-by-pass prosedur,
itu bererti dia melanggar aturan!

Bila boss curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti beliau waspada.
Bila staff curiga terhadap vendor/supplier,
itu bererti dia negative thinking!

Bila boss menyatakan : " Sulit "
itu bererti beliau prediktif-antisipatif.
Bila staff menyatakan : " Sulit "
itu bererti dia pesimistik!

Bila boss menyatakan : " Mudah "
itu bererti beliau optimis.
Bila staff menyatakan : " Mudah "
itu bererti dia meremehkan masalah!

Bila boss sering keluar ofis,
itu bererti beliau rajin jumpa customer.
Bila staff sering keluar ofis,
itu bererti dia sering mengular!

Bila boss sering entertainment,
itu bererti beliau rajin melobi customer.
Bila staff sering entertainment,
itu bererti dia suka enjoy sakan!

Bila boss tidak pernah entertainment,
itu bererti beliau berhemat.
Bila staff tidak pernah entertainment,
itu bererti dia tidak pandai me-lobby customer!

Bila boss sering tidak masuk,
itu bererti beliau penat kerana kerja keras.
Bila staff sering tidak masuk,
itu bererti dia pemalas!

Bila boss minta fasiliti,
itu bererti beliau menjaga imej syarikat.
Bila staff minta fasiliti,
itu bererti dia banyak menuntut!

Bila boss membuat tulisan seperti ini,
itu bererti beliau humoris.
Bila staff membuat tulisan seperti ini,itu bererti dia :

* frustrasi*
iri hati terhadap karier orang lain
* negative thinking* memprovokasi
* tidak tahan banting
* sakit hati
* berpolitik di pejabat
* tidak produktif
* tidak sesuai dengan budaya yang ada