background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 December 2011

:: Manusia ::



Ragam manusia memang berbagai..
ada yang hanya tahu bertindak mengikut emosi
ada yang bergaduh sesama sendiri
ada yang menuding tidak puas hati
ada yang merasakan hanya diri mereka yang benar

kenapa begitu?

kerana memang itu perangai manusia..
kita tak pernah nampak kesalahan sendiri
kita hanya tahu menuding jari..

menuding jari seperti kita tidak pernah membuat salah
menuding jari seperti kita sangat sempurna
menuding jari seperti kitalah yang terbaik..

aku hanya melihat..
melihat dan membiarkan mereka..
biarkan mereka dengan perangai mereka..
biarkan mereka dengan agenda mereka..
biarkan mereka dengan emosi mereka..
biarkan mereka dengan perangai bodoh sombong mereka..

berdiam diri adalah lebih baik..

kadang-kadang kita perlu berfikir mengikut kedewasaan
berfikir seiring dengan kematangan usia..
sampai bila mahu bertindak seperti remaja yang sedang meningkat naik?
sudah-sudahlah.

belajarlah menerima pendapat orang lain
belajarlah menghargai orang sekeliling
belajarlah menerima kritikan dengan hati yang terbuka
belajarlah untuk menahan emosi
belajarlah untuk bersabar
belajarlah untuk memaafkan
                                           
aku mungkin belum cukup dewasa..
sekurang-kurangnya aku berusaha untuk menjadi dewasa..

Berfikirlah Sebelum Bertindak..



11 December 2011

:: Bila rasa lemah itu menjengah ::


Aku sebenarnya...
ermmm...

Issh..issh..
otak aku kosong tetiba..
dah puas aku tekan-tekan setiap pelosok kepala ni tapi
apa yang aku terpikir untuk taip tadi ntah terbang kemana..

sebenarnya tadi hati aku beria-ria mahu meluahkan sesuatu disini..
meluahkan?
tak..
maksud aku mencoretkan rasa hati...
ker sama jer maksudnya?
ntah.
tak kisah lah.

Aku bosan tinggal di Sungai Petani..
aku bosan tinggal di  Kedah..

Tak.
aku taknak tulis pasal ni.
bukan ini yang aku nak taip..argh!

Kalau dihitungkan,
dah setahun 3 bulan 23 hari aku tinggal disini..
tapi kenapa aku masih rasa tak selesa?

Ini bukan disebabkan Sungai Petani serba serbi tiada..
aku dah biasa tinggal ditempat yang serba kekurangan..
tiada kena mengena dengan semua tu..
tapi ini disebabkan hati aku..
disebabkan jiwa aku yang tidak betah untuk tinggal lama disini..

Kadangkala aku mahu jauh dari semuanya
mungkin tinggal di sabah atau sarawak adalah antara yang terbaik.
betul ker aku nak pergi sejauh itu?
mungkin ya.
mungkin tak.
mungkin aku hanya mengikut emosi.
mungkin.

Aku tahu aku boleh memohon untuk pertukaran..
tapi apa alasan untuk bertukar?
mencari pengalaman baru?
argh! alasan itu tak cukup kuat..
ntah-ntah permohonan aku takkan dipertimbangkan pun..
Apa lagi alasan aku mampu guna?
tiada.
maka disebabkan itu, aku terus terperangkap disini..

Eh!
aku taknak taip pasal semua ni.
taknak.
semua ni bukan untuk diceritakan.

Tapi kenapa aku masih menaip tentang ini?
mungkin disebabkan aku selalu terfikir tentang ini.
selalu sangat.

Kadangkala aku cuba tidak mengambil peduli tentang ini.
tapi kenapa aku masih peduli?
sebab aku dikurniakan akal untuk terus berfikir dan berfikir. 

Aku terima takdir Allah ini..
aku redha.
aku pasrah.
pasrah dengan sepenuh hati?
tak .


*Mood : Jiwa Kacau*


08 December 2011

:: This Long Distance Is Killing Me ::


"This long distance is killing u?"

Yes!


"Tapi aku tengok ko hidup jer lagi ni..."
"Bukan ker klau lepas kena bunuh mesti mati?"
"Ker ko ader pakai ilmu kebal ni?Ker ko ni hantu?"

Huh!
Kang aku kata ko bangang ko marah plak..
Sudah! stop asking me with your stupid question.

Di bawah ni aku ada upload satu lagu..
Lagu dari Bruno Mars..
Tajuknya Long Distance..

Haaah!
Nak kata aku jiwang karat la tu kan?
Suka hati korang la cakap apa pun..
Terserah anda..

Tapi ada orang cakap,
Orang yang jiwang ni hati dia lembut tau..
Tu orang cakap lar..
Kesahihannya aku tak tau..
Erk..ni cuma selingan..sambung.

Kalau korang nak tengok video ni,
seeloknya korang pause dulu music playlist aku..
kang lagu jadik berdouble plak..
dah korang tak tau nak fokus kat mana nanti..
music playlist aku ada kat sebelah sini ----------------------- > > > > > > > > >


Adakah hubungan jarak jauh satu halangan?
Adakah hubungan jarak jauh satu ujian?
Adakah hubungan jarak jauh satu cabaran?
Adakah hubungan jarak jauh satu beban?
Adakah hubungan jarak jauh satu tapak untuk menguji kejujuran?
Adakah hubungan jarak jauh satu tapak untuk menguji kesetiaan?
Adakah hubungan jarak jauh satu tapak untuk menguji keyakinan?

Jawapannya terpulang pada pandangan masing-masing
Jawapannya mungkin ya mungkin tak..
Tapi  pada aku,
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kesetiaan..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kerinduan..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu keyakinan..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kejujuran..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kesabaran..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kebahagiaan..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kesakitan..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kesedihan..
Dengan jarak yang jauh, aku belajar apa itu kegembiraan..

Dalam sesuatu hubungan yang serius ini,
Aku belajar apa itu keyakinan..
Yakin untuk terus menunggu dia..
Yakin untuk terus percaya yang diri tidak akan dipersiakan..
Yakin untuk terus berdoa agar kekal menjadi pasangan..

Aku berterima kasih kepada teknologi…
Walaupun jarak itu jauh..
Tetapi kami masih lagi boleh didekatkan dengan adanya internet dan handphone..
Sekurang-kurangnya, jarak yang beratus batu itu tidak la terasa jauh sangat..
Ye ker terus tak terasa jauh?
Tak..aku tipu..
Jarak yang jauh tu tetap terasa jauh tapi
Rasa sangat dekat dihati..


"Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss."