background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

23 July 2009

♥~Ketika Cinta Bertasbih~♥

Kali ni aku nak berkongsi cerita pasal novel yang baru ja aku habis baca.. tajuknya..Ketika Cinta Bertasbih..Karya Habiburrahman El Shirazy..


Thanks to my Fanna sebab kasi aku pinjam buku yang sgt berkualiti ni.. (Buku kitak ni kamek suda ready mok pulangkan ni..bila kitak mok balik towk~?!)
Masa aku mula-mula baca novel ni aku agak tak paham sebenarnya.. Mungkin sebab gaya bahasa yang digunakan agak puitis and berbunga-bunga and di tambah plak dengan loghat indon yang digunakan.. Akukan dah biasa dengan karya Ramlee Awang Murshid.. So kalu nak terima ayat-ayat puitis macam susah sket la..hehehe~! Ye ke sebab tu? Tak jugak kot..mungkin aku kurang Fokus masa aku mula-mula baca agaknya.. Tapi ntah camna mood aku sangat baik untuk mendalami tiap bait-bait perkataan yg penulis ni guna and aku dah jatuh cinta ngan novel ni..

(Sila Klik READMORE Untuk Mendapatkan Cerita Keseluruhan)

Then tak lama lepas tu.. aku baru tau novel ni merupakan novel best seller untuk Asia Tenggara.. Huwaa~! So amat la rugi pada sesiapa yang tak memiliki dan tak membaca novel ni.. Novel ni jugak dah di filem kan.. Dan dah pun di tayangkan di pawagam di Indonesia.. Cuma di Malaysia aku tak sure bila..aku dah check..takder pun tayangannya untuk tahun ni..mungkin tahun depan kot.. tunggu je la..

Background cerita ni ala-ala macam cerita Ayat-ayat Cinta la aku rasa.. Pasal kehidupan di Mesir, pasal orang yang berpegang teguh pada agama dia, pasal orang yang mempunyai pendirian hidup yang kuat.. Memang agak sama macam Ayat-ayat cinta.. Sama tapi tak serupa sebab cerita Ketika Cinta Bertasbih ni sangat menyentuh emosi aku sebenarnya..

Novel ni menceritakan kehidupan Khairul Azzam, seorang mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Al-Azhar University, Cairo-Mesir. Pengajiannya tertunda selama 9 tahun disebabkan ayahnya meninggal dan dia terpaksa meniaga bakso dan tempe di Cairo-Mesir semata-mata untuk menyara dirinya dan keluarga yang berada di Indonesia. Memang ada sedikit rasa bangga apabila melihat Azzam menuntut ilmu dan sekaligus bekerja keras semata-mata untuk menampung hidup ibu dan adik-adik dia dan yang lebih membanggakan lagi adik-adik dia mampu untuk menjadi seorang yang berjaya. Perjalanan hidup dan cinta Azzam yang berliku ini juga tidak sekadar memberikan pencerahan jiwa namun mengajak kita untuk lebih mendalami rahsia ilahi dan makna cinta. Cerita ini juga boleh membimbing kita ketika melihat usaha dan perjuangan Khairul Azzam dalam mencari jodohnya dengan tetap selalu teguh berpegang kepada ajaran agama..Pastu ditambah pulak dengan adegan-adegan yang betul-betul menyentuh jiwa..
uuiisshh..memang bagus betui la budak azzam ni..satu dalam sejuta agaknya orang camni kan..

Ni preview pasal cerita ni yang aku amek kat youtube..



Lirik Lagu Tema KeTika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Cinta..

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
...Ketika cinta bertasbih...



2 comments:

  1. nang best...
    character nang best...
    orang serawak ker?
    area mana?

    ReplyDelete
  2. sik...
    kamek orang kedah...
    baru jak blaja klakar siwak...
    ngee~

    ReplyDelete