background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2009

♥~Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!~♥


Kemerdekaan tahun ni di sambut dalam bulan Ramadhan.. Cuma 40 minit je.. ok la tu kan.. Pape pun tetap kena ada sedikit sambutan.. Ni kan Merdeka punya cite.. Laen la kalu sambutan tahun baru.. Jangankan 40 minit.. seminit pun tak perlu aku rasa.. huhuhu~!

Merujuk berita BERNAMA yang aku baca tadi, Dikatakan kira-kira 1,600 orang termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, anggota jemaah menteri, Ketua Setiausaha Negara, Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ketua pembangkang dan anggota Parlimen serta duta dan perwakilan asing akan berada di perkarangan Parlimen. Seramai 6,000 rakyat akan membentuk dua barisan dan akan memenuhi sepanjang jalan bermula dari bulatan Bank Negara hingga ke pintu gerbang Parlimen. Sekitar 1,000 orang lagi terlibat selepas (pintu) gerbang sehingga perkarangan Parlimen. Orang ramai juga boleh turut serta dalam gerak lambai itu tetapi terhad sehingga di pintu gerbang Parlimen sahaja..

Majlis Kesyukuran Merdeka bagi empat agama utama iaitu Islam, Kristian, Buddha dan Hindu akan diadakan pada 30 Ogos 2009. Bagi agama Islam ia akan diadakan di Masjid Negara, agama Kristian di gereja St John Cathedral, agama Buddha di Wisma Buddhist dan Kuil Sri Ramalingeswaran untuk agama Hindu.

No comments:

Post a Comment