background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

07 April 2011

:: “PERKAHWINAN IS NOT THE ANSWER kepada semua masalah itu!” ::

Berkahwin for the wrong reasons…

■ Ada yang berkahwin sebab sudah bercinta so kena kahwin lah walaupun usia masih muda remaja dan mentah.
■ Ada juga yang kahwin sebab dipaksa kahwin… yang ini banyak bercerai ni…
■ Kahwin kerana harta, wang ringgit… adoi! “Dia bagi aku kereta sebiji, rumah sebuah…beres kahwin!” - Yang ini paling ramai TAK BAHAGIA!
■ Ramai yang berkahwin kerana, semua kawan-kawan sudah berkahwin.
■ Dan yang paling kahwin for the wrong reason is… sebab untuk TIDAK BERGADUH LAGI. “Pada fikirannya, perkahwinan itu boleh membaik pulih perhubungan mereka yang sudah retak!”


Kesucian perkahwinan itu hendaklah dikotakan terlebih dahulu sebelum anda berdua kahwin, mengapa harus fikir dengan berkahwin maka segala-gala masalah akan selesai?

Pada tahun 2008 sahaja, Jabatan Agama Islam telah mengeluarkan statistik bahawa seramai 22,289 pasangan melayu Islam sahaja, telah bercerai…

Why? why?…in my humble opinion, sebab you kahwin for the wrong reasons!

You kahwin kerana nafsu, you kahwin kerana nak ikut kawan-kawan kahwin, you kahwin kerana you nak hidup kaya, you kahwin kerana both of you asyik bergaduh je n asyik cemburu buta je…so you fikir, KAHWIN je lahhhh…

Mana boleh macam tu… perkahwinan yang benar-benar bertahan lama adalah kerana, both of you REALLY IN LOVE!

I sangat tak bersetuju apabila ada orang…well, wanita lah selalunya berkata, “Zaman sekarang mana ada lelaki yang betul-betul cinta… semua curang, jahat dan suka mainkan perempuan!” - Itu sebab you jumpa lelaki yang macam tu…dan you bagi dia mainkan you… that’s it!

Cuba you mahal sikit, tak bagi peluang dia nak memperdayakan you, tak bagi muka untuk dia kikis duit you, tak bagi langsung dia untuk main-main dengan you… for sure you tidak akan bertemu dengan lelaki jahat tu beb!

LELAKI yang benar-benar cinta, walau mahal macamana pun you treat him, walau susah nak rapat dengan you, walau perit nak memiliki you, dia tetap mencuba untuk mendapatkan you…walau berapa lama sekali pun, ITU CINTA!

Ini, takut tak ada orang nak kat dia lah… takut tak ada yang berminat lah… takut itu takut ini… adoi!

ERTI CINTA ni bila perhubungan tu menghiburkan dan membahagiakan…dan saling cuba faham memahami antara satu sama lain, dalam sebulan tu maybe ada selisih faham sekali dua. That’s all lah. Itu pun sama-sama cuba selesaikan masalah tu. Itu baru cinta!…kasih dan sayang!

Bukan bertekak, bergaduh, meninggi suara, memaki hamun…lepas tu, “Yannnggg…maaf ek, tadi I tak sabar, geram sangat… tak tahan!” Hello… itu kah cinta? Dah, bergaduh siang malam, berbaik, bergaduh, berbaik… lepas tu bergaduh balik, last-last kahwin je lah! - TAKKAN BAHAGIA punya kalau tidak mahu berubah sebelum kahwin lagi!

That’s why I said, “Perkahwinan is NOT the answer to all the problems” Settle dulu semua problem dan kahwin lah! Semua orang takkan halang punya. Family, rakan-rakan, saudara mara sure nak you all happy in marriage. Tapi kalau sebelum kahwin pun dah curang, dah bertikam lidah, dah cemburu buta, …you ingat lepas kahwin tak ada lagi lah???

LEBIH TERUK LAGI! …that’s why my advise is, fix it first! Then baru kahwin. Fikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin kerana perkahwinan itu teramat suci. Kalau tak boleh berubah… better break it off dan mulakan hidup baru dengan orang baru di dunia baru!
Revolusi ku!


Source : Razzi
Edited by : Eisz Akmar Kadir

No comments:

Post a Comment