background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 February 2011

:: Di Kala Rasa Lemah itu Menjengah ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Memang..rasa lemah itu kadangkala menyapa diri..ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur..terkadang, cukup satu ujian yang menerpa..namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah..jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, Alhamdulillah..namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan meragut segala daya dan upaya kita..tenaga yang masih bersisa hilang entah ke mana, lantaran harapan buat hari esok yang semacam tiada..lalu, masihkah ada sinar harapan buat kita bangkit kembali?bagaimana kita merungkainya?

Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menghadapinya..benar..memang tidak dapat dinafikan..saya pun pernah berada dalam keadaan itu..di mana, kata-kata motivasi yang kita sering diberikan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak memberi kesan terhadap diri..keyakinan yang selama kita ini kita pegang pun mampu goyah kembali..bagaimanakah caranya untuk kita memotivasikan diri sendiri?

BERSANGKA BAIK DAN BERSABAR

Yakinlah bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu dugaan dan musibah itu hanya dengan sia-sia..pasti ada hikmah di sebalik peristiwa yang berlaku.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." - [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Kemudian, sertai sifat positif tadi (bersangka baik) dengan bersabar..kerana sesungguhnya, Allah itu berserta dengan mereka yang sabar..sampai masanya nanti kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat.

KESILAPAN KITA

Ada masa kita silap..kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang kelemahan..terkadang, kita rasakan kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu mampu untuk kita selesaikan seorang diri..
Saya tidak salahkan kemahuan kita untuk hidup berdikari..namun, kita sering lupa bahawa hakikatnya, kita ini hanyalah makhlukNya yang serba lemah dan kekurangan. Mampukah kita menanggung semua ujian itu dengan sendirinya tanpa sebarang bantuan?
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [Surah An-Nisa', 4: 32]
Ya..manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah..bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?

WUJUDNYA SAAT MUHASABAH

Manusia jarang sekali mahu bermuhasabah diri..ketika disentap dengan dugaan yang berat, barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini..itupun jikalau mereka sedar..maka, salah satu hikmah dari ujian adalah wujudnya masa kita untuk bermuhasabah..masa untuk kita merenung kembali sejauh mana kehidupan ini telah dibawa..adakah kita masih berada pada landasan yang benar?

Hikmah dari muhasabah ini akan membawa kita melihat dan memikirkan pula hikmah-hikmah yang lain dari ujian tadi..apakah hikmah yang ingin Dia tunjukkan kepada kita melaluinya? manusia itu selalu bersifat lupa diri ketika diberi nikmat..namun, ketika kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegera kembali mencariNya..bersungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada..sedangkan selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat..Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Maka, di situlah hikmah untuk sama-sama kita renungkan..
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita..
Dia mahu kita kembali kepadaNya..
Dia mahu kita selamat di 'sana'..
Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali..

KEMBALI SEDAR MATLAMAT DAN PERANAN HIDUP

Kembalilah menapak bersama matlamat dan hala tuju yang jelas.

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepadaKu." - [Surah Ad-Dzariyat, 51: 56]
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami sentiasa bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?' Dia berfirman, 'Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'" - [Surah Al-Baqarah, 2: 30]
Manusia itu seharusnya sedar, bahawa tujuan dia tercipta di muka bumi ini adalah untuk menghambakan diri kepadaNya (melaksanakan tanggungjawab dan perintahNya, serta meninggalkan laranganNya)..manusia itu sewajarnya sedar peranan yang perlu dimainkan di muka bumi ini ialah sebagai khalifah; yakni dengan memakmurkan muka bumi, serta membawa manusia kembali kepada Allah, satu-satunya 'Illah' (Tuhan) seluruh semesta.

Wajar untuk kita merasa sedih tatkala diuji, kerana itu merupakan lumrah seorang manusia..namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa..sekaligus, kita tidak akan sesekali memanjangkan kesedihan yang dirasa.
Ya. Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala..memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita..dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya.

Wahai diri,
Kali ini. . .
Letakkan Dia 'bersama' ketika kamu menapak.
Dan pasti, jalan penyelesaian itu akan mula kelihatan...
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." - [Surah At-Talaq, 65: 2-3]
sumber asal: iluvislam.com
edited by    : eisz akmar kadir

01 December 2010

:: Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun? ::

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .....

30 November 2010

:: Panduan Bajet Untuk Kahwin ::



Bajet Kahwin - Sedikit Panduan Bagi Yang Nak Kawen

Panduan kahwin bagi yg belum kahwin atau Yang nak kahwin lagi..Ok.. sekarang nie ada yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannya mudah banyak persiapan yg perlu di adakan...ia memerlukan satu perancangan yg cukup teliti bagi kedua-dua belah pihak.

So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan dimana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersama.
Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripada memikirkan masa depan dan hala tujuan hidup bersama selepas nikah.

Ok berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

1. Kadi

At least 6 months before the proposed nikah date korang mesti kena pergi kat jabatan, and bila korang gi register korang mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan,tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadi. Sorang je book... . jgn dua dua gi book plak.
Kos kadi : RM80++

2. Kursus Rumahtangga

Kener pergi... . kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they neverask for the sijil kursus... . whatever it is kanbaik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter refresh balik aper yg telah kiter ketahui.
Kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)

3. Book Mak Andam

Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak owang pompan...pilih mak andam boleh makan tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey.At least six months misti nak book... later than that u might have a problem finding one... .. kalau ader pun mak andam dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.
Kos : RM1200 (tengok baju aper... kalau ader baju batman atau otromen(mungkin mahal sikit)

4. Photographer

Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang melayu dah pandai...dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor. Gambar xxxxl je belom owang try.
Kos : RM800

5. Kompang/Hadrah

Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak panggil at least 3 mths notice.
Kos : RM300

6. Dekorasi Blok&Pelamin

Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam istana Taj Mahal...kalau tak pun jadi macam lori cina mati... . letak kacang samer kuaci sudah original beb...tinggal nak campak kerander je kat tengah-tengah. Macam-macam design macam macam pattern.
Kos : RM1000

7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan?Lainlah kalau korang buat majlis kat McDonald's.
Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)

8. Kereta

Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter.(*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira ygbesau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewaKancil... ... sampai besok pun takleh masok!
Kos : RM300

9. DJ/Karaoke

Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang akan engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg amek band industan, brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.
Kos :RM850 (dengan dinner sekali)

10. Berkat

Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun,buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas,surah Yasin, etc etc.
Kos : RM3000++

11. Miscellaneous

Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecikginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender-bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang,barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan... ...
Kos : RM2500++


JUMLAH KESELURUHAN
RM17,110

Tidak termasuk hantaran lagi. SELAMAT PENGANTIN BARU


sumber:http://istimewa2u.blogspot.com

29 November 2010

:: Untuk Mencintaimu ::




Seventeen – Untuk Mencintaimu

Apa yang harus aku lakukan
Untuk membuat kau mencintaiku
Segala upaya tlah kulakukan untukmu

Apa yang harus aku tunjukkan
Untuk membuat kau menyayangiku
Inilah aku yang memilih kau untukku

Reff:

Karna aku mencintaimu
Dan hatiku hanya untukmu
Tak akan menyerah
Dan takkan berhenti mencintaimu

Ku berjuang dalam hidupku
Untuk slalu memilikimu
Seumur hidupku, setulus hatiku
Hanya untukmu

Back to Reff

Seumur hidupku, setulus hatiku
Ooohhhh



29 September 2010

..Amazing Food Cures..

1. BE MORE POSITIVE
Dark Chocolate
Research shows that dark chocolate can improve heart health, lower blood pressure, reduce LDL cholesterol, and increase the flow of blood to the brain. It also boosts serotonin and endorphin levels, which are associated with improved mood and greater concentration. Look for chocolate that is 60 percent cocoa or higher.

2. REDUCE ANXIETY
Garlic
Tuck a few extra cloves into your next stir-fry or pasta sauce: Research has found that enzymes in garlic can help increase the release of serotonin, a neurochemical that makes you feel relaxed.

3. FIRE UP YOUR MORNING METABOLISM
Caffeinated Coffee
A study published in the journal Physiology & Behavior found that the average metabolic rate of people who drank caffeinated coffee increased 16 percent over those who drank decaf. Caffeine stimulates your central nervous system by increasing your heart rate and breathing. (Want to know what else coffee is good for? Read 25 Best Nutrition Secrets Ever to find out.)

4. FIRE UP YOUR EVENING METABOLISM
Chile Peppers
It turns out that capsaicin, the compound that gives chile peppers their mouth-searing quality, can also jumpstart your fat-burning, muscle-building engines. According to a study published in the Journal of Nutritional Science and Vitaminology, eating 1 tablespoon of chopped red or green chiles boosts metabolism by 23 percent.

5. LOWER YOUR BLOOD PRESSURE
Fried Eggs
Go ahead, crack under pressure: Eating fried eggs may help reduce high blood pressure. In a test-tube study, scientists in Canada discovered that the breakfast standby produced the highest levels of ACE inhibitory peptides, amino acids that dilate blood vessels and allow blood to flow more easily.

6. REDUCE STRESS
Gum
When you find yourself feeling overwhelmed at work, reach for the Wrigley’s: Chewing gum can help tame your tension, according to Australian researchers. People who chewed gum while taking multitasking tests experienced a 17 percent drop in self-reported stress. This might have to do with the fact that we associate chewing with positive social interactions, like mealtimes.

7. STAVE OFF DEPRESSION
Salmon
Omega-3s may calm your neurotic side, according to a study in the journal Psychosomatic Medicine. Researchers found that adults with the lowest blood levels of eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA) were more likely to have neuroses, which are symptoms for depression. Salmon is loaded with EPA and DHA, as are walnuts, flaxseeds, and even cauliflower.

8. SPEED WEIGHT LOSS
Yogurt
The probiotics in yogurt may help you drop pounds. British scientists found that these active organisms boost the breakdown of fat molecules in mice, preventing the rodents from gaining weight. Try the Horizon brand of yogurt—it contains the probiotic L. casei, the same organism used in the study.
Bonus Tip: Don't let all of your hard work go down the drain: Avoid this shocking list of the 20 Scariest Food Creations of 2010!

9. AMP UP YOUR ENERGY
Grilled Chicken Breast
The protein in lean meat like chicken, fish, or pork loin isn't just good at squashing hunger and boosting metabolism—it's also a top source of energy. University of Illinois researchers found that people who ate higher amounts of protein had higher energy levels and didn't feel as tired as people with proportionally higher amounts of carbs in their diet.

10. BE MORE EFFICIENT
Kidney Beans
These legumes are an excellent source of thiamin and riboflavin. Both vitamins help your body use energy efficiently, so you won't be nodding off mid-Powerpoint.

11. STABILIZE YOUR BLOOD SUGAR
Barley
Swedish researchers found that if you eat barley—a key ingredient in whole-grain cereals—for breakfast, the fibrous grain cuts blood sugar response by 44 percent at lunch and 14 percent at dinner.

12. IMPROVE YOUR ENDURANCE
Clams
Clams stock your body with magnesium, which is important in metabolism, nerve function, and muscle function. When magnesium levels are low, your body produces more lactic acid—the same fatigue-inducing substance that you feel at the end of a long workout.

13. BOOST YOUR IMMUNITY
Rooibos Tea
Animal research suggests that this South African tea, also known as bush or redbush tea, may provide potent immunity-boosting benefits. In addition, Japanese researchers found that it may help prevent allergies and even cancer. Adagio offers a wide range of great-tasting rooibos teas.

14. STOP COUGHING
Honey
Penn State scientists have discovered that honey is a powerful cough suppressant—so next time you¹re hacking up a lung, head for the kitchen. When parents of 105 sick children doled out honey or dextromethorphan (the active ingredient in over-the-counter cough medicines like Robitussin), the honey was better at lessening cough frequency and severity. Try a drizzle in a cup of rooibos tea.

15.TAME A COLD
Kiwi
The vitamin C in kiwi won¹t prevent the onslaught of a cold, but it might decrease the duration of your symptoms. One kiwifruit provides 117 percent of your daily recommended intake of vitamin C.

16. SOOTHE A MIGRAINE
Olives
Foods rich in healthy monounsaturated fats help reduce inflammation, a catalyst for migraines. One study found that the anti-inflammatory compounds in olive oil suppress the enzymes involved in inflammation in the same manner as ibuprofen. Avocados and almonds are also high in monounsaturated fats.

17. LOWER YOUR CHOLESTEROL
Margarine
Not just any margarine, mind you—those containing plant sterols. In a Tufts University study, people who ate a butter substitute containing plant sterols with three meals each day saw their LDL (bad) cholesterol drop by 6 percent. How? The researchers say that plant sterols prevent cholesterol from being absorbed by the intestine. Promise Active and Smart Balance HeartRight are two great options.

18. REPAIR MUSCLE
Spinach
Popeye was onto something, it seems. Rutgers researchers discovered that treating human muscle cells with a compound found in spinach increased protein synthesis by 20 percent. The compound allows muscle tissue to repair itself faster, the researchers say. One thing to keep in mind, however: Spinach doesn't automatically make any salad a healthy option.

19. RECOVER FROM A WORKOUT
Green Tea
Brazilian scientists found that participants who consumed three cups of the beverage every day for a week had fewer markers of the cell damage caused by resistance to exercise. That means that green tea can help you recover faster after an intense workout.

20. REPLENISH YOUR BODY POST-WORKOUT
Low-Fat Chocolate Milk
Nothing like a little dessert after a long workout. British researchers found that low-fat chocolate milk does a better job than sports drinks at replenishing the body after a workout. Why? Because it has more electrolytes and higher fat content. And scientists at James Madison University found that the balance of fat, protein, and carbs in chocolate milk makes it nearly one-third more effective at replenishing muscles than other recovery beverages.

21. IMPROVE FOCUS AND CONCENTRATION
Sardines
According to research published in Nutrition Journal, fish oil can help increase your ability to concentrate. Credit EPA and DHA, fatty acids that bolster communication among brain cells and help regulate neurotransmitters responsible for mental focus. Salmon, trout, halibut, and tuna are also great sources of EPA and DHA.

22. AVOID ALZHEIMER¹S DISEASE
Bananas
The antioxidants in bananas, apples, and oranges may help protect you from Alzheimer's, report Korean scientists. The researchers discovered that plant chemicals known as polyphenols helped shield brain cells from oxidative stress, a key cause of the disease.

23. PROTECT YOUR BRAIN
Steak
Vitamin B12, an essential nutrient found in meat, milk, and fish, may help protect you against brain loss, say British scientists. The researchers found that older people with the highest blood levels of the vitamin were six times less likely to have brain shrinkage than those with the lowest levels.

24. BUILD LONG-LASTING BRAINPOWER
Carrots
Researchers from Harvard found that men who consumed more beta-carotene over 18 years had significantly delayed cognitive aging. Carrots are a tremendous source of the antioxidant, as are other orange foods like butternut squash, pumpkin, and bell peppers.

25. SHARPEN YOUR SENSES
Ground Flax-seed
Flax is the best source of alpha-linolenic acid (ALA)—a healthy fat that improves the workings of the cerebral cortex, the area of the brain that processes sensory information, including that of pleasure. To meet your quota, sprinkle 1 tablespoon flaxseed on salads or oatmeal once a day, or mix it into a smoothie or shake.
Bonus Tip: Football season doesn't have to mean burgers and BBQ wings all weekend. Cook up the ultimate party spread with The 35 Best Tailgate Foods!

source: Yahoo! Health

11 August 2010

Tolong Ingatkan aku...



Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
 
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

10 August 2010

Ramadhan datang lagi...


Esok kita akan menyambut Ramadhan dan Alhamdulilah Ramadhan datang lagi dan tahun ni kita masih di beri peluang oleh-Nya untuk menjalani ibadah puasa...hargai lah peluang yang ada ni...mana tau klau-klau tahun depan tak sempat nak sambut Ramadhan lagi.. :) sama seperti umat islam yang laen, aku pun sangat berharap aku dapat menjalani ibadah di bulan ini dengan sempurna dan dengan lebih baek dari sebelum-sebelumnya..InsyaAllah..

Apa yang pasti..dapur dekat umah aku tu tentu skali hanya akan berasap masa hujung minggu je..bukannya aku nak bagitau aku ni malas masak..(uuiiisshh...tamo double meaning...aku ni rajin taw!) tapi aku cuma nak bagitau betapa banyaknya bazaar-bazaar di buka dan juga betapa banyaknya restoren-restoren yang menyediakan buffet untuk berbuka puasa..(aku sedikit teruja bila tengok banner-banner buffet yang tergantung)..so ini lah kewajipan untuk mereka-mereka yang masih bujang seperti aku ni...selamat mengunjungi bazaar n selamat berbuka puasa di luar ye..tapi yang dah kawen tu rajin-rajin la ye masak..jangan selalu sangat bagi suami tu makan makanan luar..tak elok mak aku cakap..hehehehe..Satu lagi aku nak ingatkan...buka puasa tu berpada-pada la...jangan membazir...tak elok..amalan syaitan sume tu...haisshh...jangan jugak makan banyak sangat...nanti tak larat plak korang nak bersolat terawih...bukan slalu nak bersolat terawih ni...sebulan dalam setahun je...bulan depan takde dah terawih-terawih ni...so rajin-rajin la ye...
(aku jugak sedang mengingatkan diri sendiri ni '^_^)

Dalam sedikit ruang yang ada ni, aku nak mintak maaf la pada sesiapa yang penah aku buat silap..mintak maaf klau aku ada terkasar bahasa...aku 'Ter' je...maksudnya aku betul-betul tak berniat pun nak buat camtu..sungguh! emmm...korang pun jangan la tunggu je orang laen mintak maaf kat korang...ape salahnya klau korang yang pegi mintak maaf ngan dorang kan?hah! dengan aku bila nak mintak maap ni? hehehe...takpe la...ape salah-salah korang ngan aku tu sume aku maafkan ok..

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan ...
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat...So tunggu apa lagi?rendahkan sedikit ego dan pergi la mintak maaf eh..

Sekali lagi aku ucapkan..Selamat Bersahur...Selamat Berpuasa...Selamat Berterawih...Selamat Beribadah...Selamat Beramal...dan jugak...klau ada masa-masa yang terluang tu jangan segan-segan ajak aku berbuka puasa sama-sama eh.. ^_^

02 August 2010

♥ 10 Petanda Dia Jodoh Kita ♥

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Pilih lah.. ღ(◕‿◕。)ღ

“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”

“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”

“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”

“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”

“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”

“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”

“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”

♥ Hati Seorang Ayah ♥

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"

Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Saya tidak mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"
Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya".

"Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri / penyokong), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah".

29 July 2010

Secret ~ One Republic ღ(◕‿◕。)ღ



Secret ~ One Republic

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
'Til all my sleeves are stained red

From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

 
This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve

And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'm 'a tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect lie
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, all my secrets away


27 July 2010

♥ Keagungan Malam Nisfu Sya'ban ♥

Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia (nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)

Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.(Al-hadis)

Sabda Nabi s.a.w: Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Sya`ban maka diampunkan dosa segala makhluknya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.(Al-hadis)

Sabdanya lagi: Apabila pada malam Nisfu Sya`ban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadah, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman: Sesiapa yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, sesiapa yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya. sesiapa yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-hadis)

Tersebut dalam kitab Al-berkat: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan di laut berpuasa mereka pada hari nisfu Sya`ban.

Tersebut di dalam kitab: Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya`ban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah ta`ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada menyekutukan-Nya sesuatu. Angkatkan kepalamu, lalu Rasullullah s.a.w pun mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga. Dalam riwayat yang lain pula menyatakan terbuka segala pintu langit. Pada pintu langit pertama malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang rukuk pada malam ini. Pada pintu langit yang kedua, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini. Pada langit yang ketiga, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini. Pada pintu langit keempat, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini. Pada pintu langit kelima, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah subhanahuwa ta`ala pada malam ini. Pada pintu langit keenam, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini. Dan pada pintu langit yang ketujuh, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu, dan pada pintu langit yang kelapan malaikat menyeru: Sesiapa yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya aku kepada Jibril, sampai bilakah terbukanya semua pintu ini (diterima doa), Jibril menjawab: Sehingga naik fajar subuh. Dan katanya lagi: Pada malam ini dimerdekakan hamba-Nya yang mukmin lelaki perempuan dari api neraka sebanyak bulu kambing bani kalab (bani kalab diantara orang-orang arab yang paling banyak memelihara kambing). Dalam satu riwayat yang lain pula bahawa Allah memerdekakan hamba-Nya daripada neraka sebanyak bintang-bintang dilangit dan sebanyak hari dunia dan malamnya. Pada malam inilah dihantarkan Allah akan jibril ke Syurga untuk menghiasi syurga.

Barangsiapa membaca,

(Tiada tuhan melainkan Allah, tiada kami sembah melainkan Dia, dengan ikhlas lagi teguh atas dasar agama (tauhid) walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)

ditulis Allah baginya ibadat seribu tahun, dan dihapuskan daripadanya dosa seribu tahun, dan keluarnya dari kubur, mukanya seperti bulan purnama dan ditulis pada Allah taa`la orang benar siddiq (orang yang benar).

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sya`ban enam orang;
1) Orang yang kekal minum arak
2) Orang yang durhaka kepada ibubapa
3) Orang yang kekal dalam zina
4) Orang yang banyak berkelahi
5) Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta
6) Orang yang memperlakukan orang supaya kelahi (Al-hadis).

Riwayat daripada Usman, sabda baginda Rasullullah s.a.w: Pada malam nisfu Sya`ban setelah berlaku 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman: Sesiapa yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, sesiapa yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, sesiapa yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya, dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. (Al-hadis)

Sabda Nabi s.a.w: Ya A`isyah! Adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab A`isyah: Ya, aku izinkan lalu nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam nisfu Sya`ban itu, beliau sujud terlalu lama masanya, sehingga aku sangka beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, aku letakkan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka bergerak ia, gembiralah aku kerana beliau masih bernafas lagi, dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya:

(Aku berlindung dengan kemaafan Engkau daripada siksa Engkau, dan aku berlindung dengan keredhaan Engkau daripada kehinaan Engkau, dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang datang daripada Engkau, aku tiada terhingga memuji Engkau sepertimana Engkau memuji diri Engkau). Nabi menyuruh A`isyah mengamalkan doa ini dalan sujud. (Al-hadis)

Sesiapa sembahyang pada malam nisfu Sya`ban daripada umat Muhammad s.a.w terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada nabi Isa a.s lalu Isa a.s pun berdoa kepada tuhan: "Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w".

(Nabi Isa akan diturunkan di akhir zaman untuk menegakkan syiarkan Islam menentang orang musyrikin, insyaallah).

Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadah (berbuat amal kebajikan), iaitu malam Nisfu Sya`ban, malam Aidil Fitri pertama, malam Aidil Adha pertama, dan malam Arafah. Disambungkan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan merdeka daripada api neraka. Sesiapa sepanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang terakhir daripada Ramadhan umat Muhammad s.a.w berlumba-lumba dalam ibadah dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari jumaat. Demikian pula disambungkan Asma Allah Al Azdhim (nama Allah yang teragung) di dalam Asmaul Husna yang amat mustajabkan doa padanya.

Amalan pada malam Nisfu Sya`ban.

Apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah di baca surah "Yaa Sinn" dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah "Yaa Sinn" kali ketiganya pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.