background
10 July 2013
:: Permulaan Ramadhan ::
Syukur Alhamdulillah.
Kita dipanjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun ini..
Ramadhan kali ini sudah tentunya lain dari Ramadhan aku sebelumnya.
Kali ini bersama suami tercinta.
Momen-momen bersahur bersama dan lain-lainnya adalah priceless.
Sempena bulan yang penuh barakah ini
Jomlah kita cuba buat extra amalan yang baik pada bulan ini.
Walaupun sebenarnya tak perlu tunggu Ramadhan baru nak buat,
tapi aku percaya kalau itu boleh jadi motivasi untuk kita buat extra amalan,
tak salah kot.
Contoh,
kalau bulan ni kita dah start bersedekah,
dengan motivasi yang apa pun kita buat bulan ni pahalanya double,
kita buat jer.
InsyaAllah bulan-bulan yang lain
kita akan terus tersimpan sifat suka bersedekah dalam diri kita
Mulakan dari hari ini. Itu contoh. InsyaAllah.
Dan jangan lupa,
banyak lagi amalan yang baik kita boleh buat selain dari bersedekah sahaja.
Tapi kalau kita buat seikhlas-ikhlas yang boleh
tanpa mengharapkan balasan dunia dan akhirat
oh, itu lagi best!
Kita sama-sama doa agar Allah Ta'ala terima setiap amalan kita.
Selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslihat.
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak.
28 June 2013
19 June 2013
:: Antara Kita Dan Kehidupan ::
Semakin lama semakin meningkat umur
kehidupan bujang dah aku tinggalkan
jadi segala-galanya lain...
Kemarahan yang dulu-dulu aku buangkan
lebih tenang dan senang..
Setiap hari bangun pagi,
fikir pasal rumah, rumahtangga dan masa depan rumahtangga
fikir tentang kerjaya, fikir tentang kewangan.
Hidup perlu lebih serius. Fokus.
Dulu aku banyak kemarahan.
Tentang isu ini, isu itu.
Tentang perkara-perkara yang mengusik jiwa.
Kandungannya dah berbeza.
Nampak?
Aku angguk-anggukkan kepala.
Setuju pada diri sendiri.
Bila aku pusing belakang
ya, aku makin percaya dengan pendapat aku sendiri.
Hmmm..
Tapi baru-baru ni aku terfikir,
kalau bujang halangannya lain
dah kawin pun halangannya lain
kita takkan terlepas..
Halangan atau dugaan ni sentiasa datang
Biasalah tu.
Diam dan senyum je.
Ketawakan je..
Lepas tu aku fikir lagi
antara "kita" dan "kehidupan"
Siapa yang patut mentertawakan siapa?
kehidupan bujang dah aku tinggalkan
jadi segala-galanya lain...
Kemarahan yang dulu-dulu aku buangkan
lebih tenang dan senang..
Setiap hari bangun pagi,
fikir pasal rumah, rumahtangga dan masa depan rumahtangga
fikir tentang kerjaya, fikir tentang kewangan.
Hidup perlu lebih serius. Fokus.
Dulu aku banyak kemarahan.
Tentang isu ini, isu itu.
Tentang perkara-perkara yang mengusik jiwa.
Kandungannya dah berbeza.
Nampak?
Aku angguk-anggukkan kepala.
Setuju pada diri sendiri.
Bila aku pusing belakang
ya, aku makin percaya dengan pendapat aku sendiri.
Hmmm..
Tapi baru-baru ni aku terfikir,
kalau bujang halangannya lain
dah kawin pun halangannya lain
kita takkan terlepas..
Halangan atau dugaan ni sentiasa datang
Biasalah tu.
Diam dan senyum je.
Ketawakan je..
Lepas tu aku fikir lagi
antara "kita" dan "kehidupan"
Siapa yang patut mentertawakan siapa?
08 June 2013
:: Bukan Harapan, Ia Persoalan ::
Kadangkala
ada ruang-ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar.
Biar ia tertutup rapat.
Biar ia menjadi mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya.
Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan dan apa saja.
Biar ia terus kosong.
Tertanam dalam kepadatan rutin-rutin tuntutan kehidupan.
Ia memang diciptanya begitu.
Sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan.
Bukan harapan, tapi inilah persoalan.
ada ruang-ruang kosong dalam hidup yang tak perlu kita selongkar.
Biar ia tertutup rapat.
Biar ia menjadi mampat dengan angin bergelimpangan di dalamnya.
Tak tembus walau cuba dibocorkan oleh kenangan, harapan, kesedihan, kegembiraan dan apa saja.
Biar ia terus kosong.
Tertanam dalam kepadatan rutin-rutin tuntutan kehidupan.
Ia memang diciptanya begitu.
Sampai sudah kita tak mungkin bertemu jawapan.
Bukan harapan, tapi inilah persoalan.
06 June 2013
:: Sebab Bersebab ::
Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui,
tidak bersebab. Tiada.
Aku putuskan untuk laluinya saja.
Redah. Berserah.
Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa sebabnya.
Mungkin.
Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa juga
bermakna ia memang tidak bersebab.
Jadi jangan tanyalah.
tidak bersebab. Tiada.
Aku putuskan untuk laluinya saja.
Redah. Berserah.
Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa sebabnya.
Mungkin.
Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa juga
bermakna ia memang tidak bersebab.
Jadi jangan tanyalah.
05 June 2013
:: Pulangan Untuk Setiap Pemberian ::
Ketepikan soal ikhlas..
Aku percaya
dan aku masih percaya
setiap dari kita mengharapkan sesuatu yang baik berlaku dalam hidup kita
setelah kita memberikan sesuatu yang terbaik
Walaupun tidak banyak yang kita harapkan
tetapi sekurangnya ada pulangannya disitu..
Bila kita kuat bekerja..kita mengharapkan gaji yang lebih..
Bila kita mencari peluang hidup..kita mengharapkan urusan kita dipermudahkan
Bila kita berfikir sebelum berkata-kata..kita mengharapkan orang lain lebih menjaga tutur kata
Bila kita menjaga hati orang lain..kita mengharapkan hati kita juga akan dijaga seperti itu
Setiap orang mempunyai masalah tersendiri
Setiap orang mempunyai bebanan tersendiri
tapi..
sejauh mana kita mampu menghadapinya?
sejauh mana kita mampu menjadi manusia yang bersyukur?
sejauh mana kita mampu bersabar?
Jaga adab
Jaga tingkahlaku
Jaga akhlak
Jaga iman
27 April 2013
:: Hari Terakhir Di SKBBSL ::
04.04.2013
Khamis.
Hari terakhir aku bertugas di SKBBSL.
Hanya Allah yang tahu betapa beratnya kaki aku untuk melangkah.
Melangkah meninggalkan keluarga besar aku disini.
Melangkah meninggalkan sahabat semasa susah dan senang aku.
Hanya Allah juga yang tahu.
Terima kasih.
Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan.
Terima kasih atas kasih sayang ini.
Terima kasih atas keprihatinan selama ini.
Terima kasih atas nasihat-nasihat yang tak pernah kurang.
Terima kasih atas segalanya.
Hanya Allah yang mampu membalas semuanya.
Adakah aku akan dapat keluarga besar macam ni lagi ditempat baru?
Mungkin ya. Mungkin tak.
Hari ini 27.04.2013
Sabtu.
Rindu masih bertamu dihati.
InsyaAllah, panjang umur kita berjumpa lagi.
::Pertukaran::
22.03.2013
Tarikh yang aku tunggu-tunggu tanpa jemu
Tarikh keputusan pertukaran tempat bertugas..
Dan keputusannya:
Berjaya!!!!
Yeayyy!!!!
Alhamdulilah..
Terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu
dalam pertukaran aku ini.
Aku sememangnya sangat berharap
permohonan pertukaran aku ini akan berjaya.
Walaupun sejujurnya,
aku belum bersedia untuk merasa suasana baru tempat bertugas
dan aku juga belum bersedia untuk berpindah ke tempat baru.
Aku belum bersedia sepenuhnya dari segi mental.
Kenapa tinggalkan keselesaan tempat bertugas?
Kenapa tinggalkan semua keselesaan yang ada di sungai petani?
Kenapa pergi jauh dari keluarga sendiri di kedah?
Tanggungjawab.
Tanggungjawab yang membuatkan aku tinggalkan semua itu.
Lagipun sampai bila aku nak hidup keseorangan di sungai petani?
Kalau aku masih bujang, itu cerita lain.
Masalahnya sekarang aku dah berkahwin.
Takkan dah berkahwin pun nak hidup berseorangan lagi..kan?
Aku perlu bertindak.
Aku perlu berkorban.
Aku perlu melangkah setapak bagi mendekatkan jarak yang jauh ini.
Mungkin dengan pertukaran ini adalah yang terbaik untuk masa depan aku.
Mungkin dengan pertukaran ini juga adalah yang terbaik untuk rumahtangga aku.
Tak ada siapa yang tahu.
semuanya rahsia Allah.
Aku perlu positif.
Positif untuk semuanya.
Aku cuma berharap,
semoga pengorbanan ini berbaloi,
semoga pengorbanan ini tak disia-siakan,
dan semoga aku semakin kuat dan tabah untuk sebarang kemungkinan yang mendatang.
Tarikh yang aku tunggu-tunggu tanpa jemu
Tarikh keputusan pertukaran tempat bertugas..
Dan keputusannya:
Berjaya!!!!
Yeayyy!!!!
Alhamdulilah..
Terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak membantu
dalam pertukaran aku ini.
Aku sememangnya sangat berharap
permohonan pertukaran aku ini akan berjaya.
Walaupun sejujurnya,
aku belum bersedia untuk merasa suasana baru tempat bertugas
dan aku juga belum bersedia untuk berpindah ke tempat baru.
Aku belum bersedia sepenuhnya dari segi mental.
Kenapa tinggalkan keselesaan tempat bertugas?
Kenapa tinggalkan semua keselesaan yang ada di sungai petani?
Kenapa pergi jauh dari keluarga sendiri di kedah?
Tanggungjawab.
Tanggungjawab yang membuatkan aku tinggalkan semua itu.
Lagipun sampai bila aku nak hidup keseorangan di sungai petani?
Kalau aku masih bujang, itu cerita lain.
Masalahnya sekarang aku dah berkahwin.
Takkan dah berkahwin pun nak hidup berseorangan lagi..kan?
Aku perlu bertindak.
Aku perlu berkorban.
Aku perlu melangkah setapak bagi mendekatkan jarak yang jauh ini.
Mungkin dengan pertukaran ini adalah yang terbaik untuk masa depan aku.
Mungkin dengan pertukaran ini juga adalah yang terbaik untuk rumahtangga aku.
Tak ada siapa yang tahu.
semuanya rahsia Allah.
Aku perlu positif.
Positif untuk semuanya.
Aku cuma berharap,
semoga pengorbanan ini berbaloi,
semoga pengorbanan ini tak disia-siakan,
dan semoga aku semakin kuat dan tabah untuk sebarang kemungkinan yang mendatang.
27 February 2013
:: Kisah Si Penjual Tempe ::
Semasa aku online facebook beberapa hari lepas
aku terbaca sebuah artikel
tentang seorang penjual tempe..
Disini aku kongsi artikel tersebut
moga menjadi iktibar :)
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidupnya. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, ia separuh matang. Biasaannya tempe beliau telah matang sebelum dia bertolak ke pasar. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang semuanya masih belum matang lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih kerana tempenya masih belum menjadi, sudah pasti ia tidak dapat dijual dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam keadaan yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahwa tiada yang mustahil bagi Allah. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin". Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika kerana kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soya ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah dipenuhi dengan ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun karena keyakinannya yg sangat tinggi dia memutuskan untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan perjalanannya ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi dalam perjalanannya kepasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju kepasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini.Amin".
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia merasakan Allah tidak adil. Allah tidak kasihan padanya, kerana inilah satu-satunya sumber rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk saja tanpa mepamerkan barang jualannya kerana dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang separuh matang itu. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mula sepi, para pembeli sudah mula berkurangan. Dia melihat-lihat kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahwa hari ini dia tidak mempunyai hasil jualan langsung. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan mendapat sebarang pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Mak cik ada menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum jumpa" Dia terkejut dan terkedu seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun dia menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "YA Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti sediakala, Amin". Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah terkejutnya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi!Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya kepada wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahwa anaknya yang kini berada di luar negara ingin makan tempe dari kampung. Oleh kerana tempe itu akan diposkan ke England, si ibu tadi membeli tempe yang belum menjadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau diposkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak enak lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun menyedari bahawa doanya sudah dimakbulkan oleh Allah.
Moral:
- Belum tentu apa yang kita suka itu terbaik untuk kita dan belum tentu apa yang kita benci itu adalah terburuk untuk kita padahal sesungguhnya Allah itulah yang Maha Mengetahui. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka dijadikan baginya jalan keluar dan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.
- Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagaihambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
- Tiada yang mustahil bagi Allah
20 February 2013
:: Tukar Status ::
10 November 2012
Permulaan chapter baru dalam hidup aku..
Sekarang aku dah menjadi isteri..
Isteri kepada Mohd Razzaman Ramli..
Alhamdulilah..
Ya Allah...
Panjangkanlah jodoh kami..
Kukuhkanlah kasih sayang antara kami..
Jauhkanlah kami dari perselisihan faham..
Limpahkanlah rahmat keatas perkahwinan kami ini..
Sesungguhnya kepadaMu tempat kami memohon..
Amin ya rabbal alamin..
21 September 2012
:: Happy 29th Birthday, My Fiance ::
Dah agak terlambat sebenarnya untuk aku post entri nih..
memang hati nih ada terniat nak post di sini pada tarikh tersebut..
tetapi..
ntah la..
mungkin kekangan masa barangkali :p
By the way...
Happy 29th birthday on 09 September 2012
to my one and only..Mohd Razzaman Ramli..
Semoga awak sentiasa dilimpahkan rahmat Allah
Semoga rezeki awak sentiasa dimurahkan
Semoga urusan sehari-hari awak sentiasa dipermudahkan Allah
Semoga awak diberikan kesihatan yang baik
dan semoga dipanjangkan umur..
Takder perkataan yang dapat menggambarkan
betapa saya sayang pada awak..
saya bersyukur dengan adanya awak
terima kasih kerana awak sentiasa ada bila saya memerlukan awak
terima kasih kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat ketika saya merasa lemah..
No matter what happens in our lives,
i know that u made my life so much better
and i love u..
i love u with whole of my heart..
i've never love anyone the way i love u..
i've never trusted anyone the way i trust u..
Thanks for everything :)
memang hati nih ada terniat nak post di sini pada tarikh tersebut..
tetapi..
ntah la..
mungkin kekangan masa barangkali :p
By the way...
Happy 29th birthday on 09 September 2012
to my one and only..Mohd Razzaman Ramli..
Semoga awak sentiasa dilimpahkan rahmat Allah
Semoga rezeki awak sentiasa dimurahkan
Semoga urusan sehari-hari awak sentiasa dipermudahkan Allah
Semoga awak diberikan kesihatan yang baik
dan semoga dipanjangkan umur..
Takder perkataan yang dapat menggambarkan
betapa saya sayang pada awak..
saya bersyukur dengan adanya awak
terima kasih kerana awak sentiasa ada bila saya memerlukan awak
terima kasih kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat ketika saya merasa lemah..
No matter what happens in our lives,
i know that u made my life so much better
and i love u..
i love u with whole of my heart..
i've never love anyone the way i love u..
i've never trusted anyone the way i trust u..
Thanks for everything :)
19 September 2012
:: Majlis Pernikahan ::
Tinggal lagi 1 bulan dan 3 minggu
nerves?taklah..
masa masih panjang..
klau esoknya akad nikah,
maunya harini dupp daapp duup daap jantung ni haa :p
Entri ini dibuat hasil blogwalking
mencari maklumat berkenaan aturcara majlis pernikahan
dengan niat nak membantu bakal suami menghadapi situasi macam ni :)
Majlis pernikahan lebih bersifat kekeluargaan
Semua ahli keluarga terdekat berkumpul untuk meraikan kita pada waktu ni
Jarang sekali ada kawan-kawan turut serta melainkan yang betul-betul rapat dengan kita
Masa ni, setkan siap-siap tentang aturcara yang akan berlaku
Lepas ni buat apa, lepas tu apa
Lagi bagus, dah siap catat awal-awal dan dijelaskan kepada ahli keluarga terdekat
Takderlah nanti mak kamu cakap gini,
kakak kamu pulak suruh buat gitu,
Makcik-makcik pulak tiba-tiba masuk campur sekali masa majlis nanti
Kamu jugak yang tension. Tak tahu nak ikut cakap siapa.
Memang pening dan stress,ok!
Cukup-cukuplah stress masa buat persiapan.
Masa hari kejadian, kita nak jugak rasa bahagia dan gembira, kan?
Dah lah nak kena control cun sepanjang masa.
Jadi, kena lah jadi sedikit teliti dalam hal yang sesetengah orang anggap remeh ni.
Sebelum Akad Nikah :
1. Pastikan sentiasa ada pengapit duduk di sebelah.
Pengantin perempuan terutamanya. PENTING! Untuk lapkan peluh, adjust veil yang panjang berjela masa nak duduk atau bangun, tolong alih-alih barang/kusyen tempat bertimpuh tu in case nak kena ubah tempat duduk ke apa. Lagipun, tak manis lah kalau pengantin perempuan duduk sorang-sorang. Dia pun tau segan jugak. Kalau nak kena bangun, berjalan untuk mintak IC pengantin perempuan ke apa, biar suruh pengapit yang buat. Pengantin duduk diam-diam sudah. Dah nama pun raja sehari, kan?
2. Sediakan IC / kad pengenalan.
Keluarkan siap-siap daripada dompet. Mintak tolong pengapit pegangkan. Nanti tok kadi mintak, tinggal hulur je.
3. Duit upah.
Untuk pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah tok kadi. Ada sesetengah tempat, saksi pun nak kena bagi saguhati. Tanya siap-siap kat wakil pihak perempuan pasal hal ni.
4. Senyum! Senyum! Senyum!
Kot iye pun berdebar-debar, janganlah sampai muka masam mencuka tengok kamera. Satu lagi, kalau tengah duduk bertimpuh lama-lama tu, tiba-tiba kaki jadik kebas ke, tukarlah position dengan cara sehabis sopan. Jangan paksa diri menahan. Ada pulak kes pengantin kejang kaki sebab bertimpuh lama sangat kang.
Semasa Akad Nikah :
1. Khutbah nikah
Yang ni aku tak berapa sure. Ada dibuat sebelum akad nikah, ada jugak selepas. Ikut tempat lah kot. Masa ni, dua-dua pengantin kena duduk dekat sikit lah kan. Pastikan pengapit yang usung bantal nikah pergi dekat sikit dengan tempat pengantin lelaki dan tok kadi. BUKAN pengantin yang angkut sendiri,ye! Lepas tu, duduk lah atas tu. Takyah segan-segan nak suruh pengapit buat itu-ini. Nanti kamu upah lah dia :p
2. Bacaan taklik
Lepas akad nikah, ada bacaan taklik. Macam ikrar janji suami-isteri gitu, la.
3. Solat lepas nikah.
Siap je semua ni. Kalau air sembahyang belum batal lagi, boleh tunaikan solat selepas nikah.
Selepas Akad Nikah :
1. Penyerahan mas kahwin
Kadang-kadang, ada jugak ayat yang nak kena sebut masa ni. Ikut je lah apa tok kadi kata. Lepas tu, sah-sah kena posing lama sikit untuk diambil gambar. Kenalah pandai berlakon sikit-sikit, ok.
2. Upacara pembatalan air sembahyang.
Mintak tolong pengapit siap-siap pergi ambil cincin/gelang/rantai yang nak digunakan dalam upacara ni. Kalau sarung cincin takde masalah rasanya. Cuma kalau nak sarung rantai leher atau gelang tangan, pesan siap-siap kat pengantin lelaki kamu tu, suruh dia berlatih dulu pakaikan kat mak dia ke. Takderla sejam haa orang tunggu sebab terkial-kial tak reti nak cangkukkan rantai atau gelang tu nanti :p
3. Bersalaman + cium tangan suami.
Ni lah yang dinanti-nantikan kamu semua, kan? Eleh, malu-malu tak nak mengaku pulak. Memang saat paling syahdu, gitu! Salam tangan macam biasa dan ciumlah. Dah kata suami. Kenalah cium tangan dia :p Masa ni pun sama. Orang akan buli suruh cium lama sikit sebab nak ambik gambar. Apa boleh buat. Layankan aje. Yang penting gambar cun, kan.
4. Cium dahi.
Yang ni buat kalau ada orang suruh je, ok. Jangan nak pandai-pandai buat. Nanti dikata gelojoh pulak. Tapi, kalau memang dah mengidam nak buat jugak, setkan awal-awal, cakaplah kat pengapit ke, makcik saudara ke, suruh diorang cakap nanti. Konon-konon macam diorang yang suruh la. Ni pun, nak kena suruh pengantin lelaki berlatih jugak. Suruh lah dia cium bantal tiap hari. Tak nak lah buat muncung itik pulak nanti. Cacat gambar, kamu jugak yang menyesal tak sudah.
Cara-caranya? Sebelah tangan pegang bahu pengantin perempuan, sebelah lagi pegang dagu dia. Saling memegang tangan satu sama lain pun boleh. Barulah dapat cium kat dahi isteri. Bukannya cium tudung macam Mawi dengan Ekin dulu :p
5. Bersalaman dengan ahli keluarga.
Tang ni pun ada protokolnya. PENTING! Hati orang tua kan sensitif. Kita kenalah berhati-hati. Lepas selesai semua, pengantin lelaki akan diminta untuk membawa pengantin perempuan untuk bersalaman dengan ahli keluarga dan semua hadirin. Mulakan dengan wali, mak ayah sebelah perempuan atau mak ayah sebelah lelaki. Tak kira lah berapa jauh pun diorang duduk antara satu sama lain, bawak pengantin perempuan pergi jumpa dan salam mereka dulu. Lepas tu, barulah salam yang lain-lain.
Itulah kot serba sedikit hasil pembacaan aku tentang aturcara majlis pernikahan.
Nampak macam remeh, tapi kalau tak kena gaya, boleh jadik isu jugak nanti.
Yang penting,
majlis kita nanti berjalan dengan baik tanpa sebarang rasa tak puas hati mahupun kontroversi =)
Subscribe to:
Posts (Atom)