background

::Wedding Anniversary::

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 December 2011

:: Bila rasa lemah itu menjengah ::


Aku sebenarnya...
ermmm...

Issh..issh..
otak aku kosong tetiba..
dah puas aku tekan-tekan setiap pelosok kepala ni tapi
apa yang aku terpikir untuk taip tadi ntah terbang kemana..

sebenarnya tadi hati aku beria-ria mahu meluahkan sesuatu disini..
meluahkan?
tak..
maksud aku mencoretkan rasa hati...
ker sama jer maksudnya?
ntah.
tak kisah lah.

Aku bosan tinggal di Sungai Petani..
aku bosan tinggal di  Kedah..

Tak.
aku taknak tulis pasal ni.
bukan ini yang aku nak taip..argh!

Kalau dihitungkan,
dah setahun 3 bulan 23 hari aku tinggal disini..
tapi kenapa aku masih rasa tak selesa?

Ini bukan disebabkan Sungai Petani serba serbi tiada..
aku dah biasa tinggal ditempat yang serba kekurangan..
tiada kena mengena dengan semua tu..
tapi ini disebabkan hati aku..
disebabkan jiwa aku yang tidak betah untuk tinggal lama disini..

Kadangkala aku mahu jauh dari semuanya
mungkin tinggal di sabah atau sarawak adalah antara yang terbaik.
betul ker aku nak pergi sejauh itu?
mungkin ya.
mungkin tak.
mungkin aku hanya mengikut emosi.
mungkin.

Aku tahu aku boleh memohon untuk pertukaran..
tapi apa alasan untuk bertukar?
mencari pengalaman baru?
argh! alasan itu tak cukup kuat..
ntah-ntah permohonan aku takkan dipertimbangkan pun..
Apa lagi alasan aku mampu guna?
tiada.
maka disebabkan itu, aku terus terperangkap disini..

Eh!
aku taknak taip pasal semua ni.
taknak.
semua ni bukan untuk diceritakan.

Tapi kenapa aku masih menaip tentang ini?
mungkin disebabkan aku selalu terfikir tentang ini.
selalu sangat.

Kadangkala aku cuba tidak mengambil peduli tentang ini.
tapi kenapa aku masih peduli?
sebab aku dikurniakan akal untuk terus berfikir dan berfikir. 

Aku terima takdir Allah ini..
aku redha.
aku pasrah.
pasrah dengan sepenuh hati?
tak .


*Mood : Jiwa Kacau*


No comments:

Post a Comment